Saturday, 29 October 2011

kuku PANJANG.. cantik ker???

assalamualaikum... 

alhamdulillah, mcm biasa, aku tergerak untuk menaip dan terus menaip.. (mmg aku suka menaip) heee

nak dijadikan cter.. aku selalu tertanya2.. kenapa orang tak kira lah lelaki or perempuan, suka simpan kuku panjang,., aku x maksudkan smua, tapi ada lah SEGELINTIR yg dok pikiran cetek pikiaq yg kuku panjang tue cantek.. eyyyy.. tolonglah paham..

so untuk anda yg suka menyimpan kuku panjang tue, meh sini aku nak cakap..kalau simpan satu jari kuku panjang, dosanya sama macam membela seKANDANG babi.. itu baru satu jari.. bayangkan kalau simpan kuku panjang kat semua jari, pikir2 lah sendirik eyhhh,,,

apa lah seronoknyer simpan kuku pjg nie.. cer pikir, dah lah panjang, pas tue, kompem2 lah kotor... ISLAM nie BERSIH... kebersihan tue penting... 

haaa.. nak tau apa faktor anak2 x berapa nak bijak cerdik ??? haa.. nie sebb diberi makan makanan yg kotor, .. yer lah,, kalau masak makanan, pastue dgn kuku yg panjang, terjamin ke kualiti dan kebersihan makanan tue??? pikir lah sendiri yerk.. ^^

nak ke kuku mcm nie?? erkk..=.=''



p/s: mungkin ringkas jer semua nie... tapi tolong lah ambil perhatian.. sedih tgok anak muda yg berkuku panjang nie.. nak cakar apa ntah.. peringatan untuk diri dan sahabat...


wassalam...

Friday, 28 October 2011

benci cili padi!!

assalamualaikum..

hurmm... sedang aku menikmati makan malam tadi, aku makan dengan penuh kerakusan oleh disebabkan kerana terlalu lapar..(ishh ishh, anak dara jenis apa nie??)) hahaha.. 

makan smbil berangan2 dan terus menelan.. dan akhirnya.. auchh!!!!
perghhhhhh tergigit cili padi!!

hampeh betoi cili nie!! gler r, dah r aku x suka makan pedas.. (ngomel aku dalam aty)..

aku pun dgn segera minum dgn setangkasnya agar kepedasan itu terubat.. haha.. melelh air mata aku nie..=.='' cili owhh cili.. asal lah ko nie!! aku benci cili padi...

dan tbe2.. aku berfikir sejenak....

hanya disebabkan aku x suka pedas.. aku terus membeci CILI PADI.. ish.. ish.. x patut betoi aku..
tanpa cili, lauk mesti x sedap.. semua rasa tawar jerk.. masin jerk.. kalau tnpa cili.. maksud nyer x de lah nasi lemak, ayam masak merah, n semua lah yg guna cili .. erk..=.='' terpikir sejenak.. betoi jugak kan.. ermmm.. maka aku dgn khilafnya, menarik semula kata2 aku yg membenci CILI PADI tersebut... hahaha.. :D

erk.. jap2.. aku betulkan niat aku untuk mencoret nota nie.. haha.. actually aku nk simpulkan hal CILI PADI tadi dgn kehidupan kita semua sbagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini...

hurmm.. apa yg aku nak simpulkan kat sini ialah.. kita jgn tengok orang tue terus nak membenci.. erkk?? x paham apa aku cakap?? haha.. okeyh2... aku bagi contoh eyh...

contohnya macam nie, kita ternampak org tu sangat2 selekeh, dah macam orang gila jer, tapi kita x perlu lah sampai nak benci orang tersebut, ntah2 dia lagi baik peribadinya daripada kita (khas untuk aku jerk).. haha

contoh lain, nmpk pompan freehair, pakai ketat2, x tutup aurat, haaaa, jgn nk dok mmbenci jerk, tugas kita nie, kene gi nasihat, insyaALLAH nanti satu hari terbukak pintu hati mereka tue.. ^^

hurmm rasanya pernah kan dengar ayat nie.. 

kalau menyanyangi seseorg, jgn terlalu syg,
risau nnty, dia akan menjadi org yg paling kita benci,
kalau membenci seseorg, bencilah berpada2,
kemungkinan org yg kita benci, akan menjadi org yg paling kita sayang

haaa.. kan dah terbukti tue.. wakaka.. x de pape pun entry nie.. just nak ilangkan mood aku yg sedang boring nie.. ^^
pedasnyer..=.=''


p/s= aku nie masih jahil lagik, dan dalam proses nk majukan diri, so sebelum aku nie melelapkan mata, elok benarlah aku memohon maaf yer.. yg penting, jgn BENCI-memBENCI antra satu sama lain.. heee.. :D wassalam.. ^^




Tuesday, 25 October 2011

persoalan demi persoalan..

assalamualaikum...

alhamdulillah, kali ini sy masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan isi hati saya yang saya rasa saat ini... kali nie tajuk entri sy..---> persoalan demi persoalan..

PERSOALAN??

kadang2, aku masih tertanya2, tanya diri itu ini.. seolah2 macam x puas hati..

kenapa aku dilahirkan di dunia??
kenapa aku x pandai tu x pandai ni??
kenapa aku x macam org lain??
kenapa semua berlaku pada diri aku??
kenapa ALLAH x makbulkan doa aku??
kenapa aku masih lagi sebergini??
kenapa???

huh~~ banyak lagik persoalan sebenarnya.. kalau nak nyatakan satu2, mmg x de kesudahan.. kenapa perlu ada persoalan dalam diriku???

aku sedar, aku x perlu bersoal kenapa dan kenapa, kerana itu adalah rencana yg ALLAH dah tetapkan untukku.. hurmm.. aku x tau nape aku sebak.. dah lah.. saya mohon diri.. 
aku bingung..

p/s= kadang2.. apa yg berlaku ada hikmahnya... mmg ada hikmah.. tapi sy masih lagi mencari hikmahnya.. t_t YA ALLAH lapangkanlah hati hambamu ini.. 

Saturday, 22 October 2011

himpun v/s dosa

assalamualaikum...


hari ini tanggal 22 oktober akan berlangsungnya HIMPUN yang menghimpunkan umat ISLAM di MALAYSIA,...


namun, himpun yg dijalankan disebabkan aqidah remaja kini yg sngt2 jatuh.. aku yang masih terpikir2 mahu pergi ke x, mendambakan hendak pergi sebenarnya...


sedang semua bertukus lumus untuk menjalankan himpun, untuk menjayakannya, namun 'aku' masih lagi bergelumang dgn dosa...


percaya atau tidak, ketika beribu mana org yg mempersoalkan aqidah manusia kini, namun ada yg masih tidak endahkan segalanya... memikirkan diri itu tahu, namun kebenarannya, tiada apa yg diketahui..


saat dan ketika umat islam yg lain sdg menuju ke jalan yg benar, namun masih ada yng masih tergetar-getar mencari hala tuju masing2... termasuklah 'aku' yg hendak disampaikan...


kebenarannya, 'aku' sudah mula mendapat sinar harapan untuk merubah dirinya.. cuba mempertahankan asas ISLAMnya.. namun, akibat kedahagaan kasih sayang, sehingga dia lupa kasih syg yg dijanjikan oleh ALLAH swt, 'aku' telah melakukan dosa yang tidak selayaknya dilakukan..


dosa yang terus mengalir, dosa yang terus terjalin, dosa yg terus dan menerus... 'aku' melakukan tanpa pikir balasan yg bakal menimpa, namun sesudah melakukan, penyesalan menjadi seribu sesalan...


sesalan yang tidak mampu mengubah segalanya..
tangisan yg mengalir tanpa stopnya,
esakan yang manja namun sayu jiwanya,
apakah terampun dosa-dosanya????

akidah 'aku' tidak sekuat ikatan silaturrahim,
iman 'aku' tidak sekukuh gunung2,
apakah aku masih berpeluang mencari jalan yg benar??,
apakah taubat ku diterima??
apakah balasanku???


HIMPUNAN SEJUTA UMAT.. atau HIMPUN akan berlangsung x lama lagi.. namun sedarkah, masih ada yng terumbang ambing di luar sana dalam perlakuan dosa.. mana akidah mereka???
ada juga yg tidak tahu wujudnya program HIMPUN ini.. 


namun 'aku' masih membuat dosa jauh di sana, tanpa mempedulikan HIMPUN yang menghimpunkan umat ISLAM untuk akidah islam kini... Selamatkan akidah KITA!!!


'aku'.. wahai 'aku'.. sedarkah engkau???? sedar lah.. kau masih melakukan dosa.. kembali lah...


(^___^)
p/s: PINTU TAUBAT MASIH LUAS TERBUKA.. ^^V

Thursday, 20 October 2011

malaikat x masuk rumah?????

ASSALAMUALAIKUM..

alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk membuat satu entry ini.. malaikat??? kenapa malaikat x masuk rumah kita?? kenapa ye?? di bawah ini ada sebb2 kenapa malaikat tidak memasuki rumah..


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.



rumahku syurgaku. ^^




p/s-=moga apa yg saya hendak smpaikan tercapai.. ^^, wallahualam..

Wednesday, 5 October 2011

tujuh kalimat yang harus dibiasakan..

salam ukhuwah fillah...

walaupun aku tak pandai berbahasa ARAB.. n sangat-sangat x tahu.. namun aku cuba juga..
ini merupakan satu perjalananku yang baru untuk aku cuba melangkah. . dan terus melangkah.. :)

mudah-mudahan, segla urusan ku dipermudahkanNYA.. INSYAALLAH...

bagi permulaan blog aku, yg aku dah delte blog lama aku (ketika ku masih jahil).. aku akan kongsikan dgn kalian semua.. ^^, selamat membaca.. :)

TUJUH KALIMAT YG HARUS DIBIASAKAN



1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3.Astaghfirullah :)jika melakukan sesuatu yg buruk
.4.Insya Allah :)jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)jika melihat/menghadapi musibah.
7.Lailaha illallah :)bacalah siang & malam sebanyak2nya


.Ada 2 (dua) pilihan untuk anda :)
1. Biarkan didalam sms anda tanpa bermanfaat untuk org lain
.2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.Rasulullah bersabda :)


"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yangmenyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

P/s: wallahualam.. moga apa yg dapat kusamoaikan, mndapat pengajan untuk semua.. INSYAALLAH