Thursday 1 December 2011

bercinta??? :)

Assalamualaikum...teringin berkongsi sebuah cerita...

Seusai solat, aku merehatkan diri.. tbe2 aku didatangi oleh seorang gadis yg ayu bertudung.. datang menghampiriku, aku menyambut  dengan senyuman manis yg terukir di bibir.. (manis ke?? Hahaha )..
Aku amati wajah gadis bertudung litup di samping baju pink yg dipakainya, Nampak bertambah manis bila terlihat lesung pipit yg terpancar bila dia senyum.. aku hulurkan salam, tanda pertemuan ku dgn seorang sahabat yg lama tidak kutemui..

Tbe2 dia melihat aku, aku pun membalas pandangannya dgn penuh persoalan…
Aku : eyh.. asal tgok aku macam tu???
Sahabat: ermm.. x de pape lah…
Aku: kamu mcm ada masalah, meh lah share dgn aku…
S: bila tgok org lain dok bercinta, kapel, dating sana sini, aku pun teringin lah.. n aku pun dah kapel  baru2 nie.. ermm tapi…
A:erk?? Ko dah kapel?? Owh.. erm, tapi ape??
S: entah lah, sejak menjak ni bf aku makin lama makin … (sahabat terus senyap tanpa kata)..
                Aku terus memerhati dan menanti dgn penuh tanda tnya..namun tiada smbungan dari sahabat aku sorang tu.. aku mati akal..
A: ko kenapa nie?? Cter r, ko kan kawan aku… xyah segan2 lah…
S: actually kan, aku ngn dia tu dh mcm belangkas dah, sana sini dok berkepit jerk.. erk, tgn aku ni dah berapa kali digenggam dia, rambut aku ni, dah berapa helai dilihat dia, ermm, aku jadik x kesah bila bersama dia, pegangan agama aku tbe2 jadik lemah time tu, sbb syg punya pasal, aku jadik layu dgn dia.. tapi kadang2, bila benda tu dah lepas, tbe2 keinsafan tu datang… tapi bila berlaku lagi, aku jadik x kesah, then dah lepas, aku insaf balik… mcm tu lah benda ni berputar…
(kelihatan sahabat terus menunduk)..
                Aku senyapkan diri, bukan untuk membuatkan dia lagi rasa bersalah.. tapi aku mahu dia tenangkan diri dulu..
                Aku mengimbau kenangan aku ketika mendengar Ummah Talk yg aku hadiri selasa lepas, perkara yg dibincangkan adalah pasal CINTA…  aku tersenyum.. yehaa.. :D

A: ko tahu pasal kebenaran bercinta sebelum bernikah???
S: kebenaran??? Maksud ko ape??
                Aku pun apa lagi, terus memulakan bicara aku bersama sahabat yg tersayang ni..
Sahabat, perkara yg kamu kena tahu, cinta sebelum nikah nie, ada hukum tersendiri, adanya ialah haram.. kerana melaluinya kamu akan terlibat dgn zina.. x kiralah zina ape pun, dari hati, mata, tgn , lidah, kaki dan lain2..
Sahabat.. kamu kene tahu, secara logiknya juga, kalau kamu yg mahu berkapel ni, kamu akan cepat bosan dgn pasangan.. byk sgt kelemahan kalau berkapel ni..
Kene ingat gak, yg benda ni mmpu buat kamu x focus pada stdy, membazir wang dan jugak masa. .
                Ada yg sampai pernah mngatakan cinta secara islamik??? Adakah??? Cinta islamik yg bagaimana?? Kita semua manusia, punya hawa nafsu.. mmpukah bertahan sehingga menunggu nikah?? Tepuk dada, tanya imanmu wahai sahabat..
                Bercinta, sekiranya seseorang itu ikhlas, masuk sajalah merisik, meminang, seterusnya bernikah..
X perlulah nk berjanji, .. bak kata ustaz tu, tunggu lepas habis pengajian, keje setahun, lepas tu nikah, owhhh dear, berapa lama mahu menunggu?? Kemungkinan dalam masa itu, kamu masih boleh ketemu insan yg lebih baik dan sesuai buatmu.
                Sahabat, percaya lah, kebenaran bercinta selepasa bernikah adalah lebih indah..

Aku menamatkan segalanya dgn senyuman.. aku harap ko paham wahai sahabat.. aku bukan lah ustazah, untuk keluar segala hadis2, ayat2 Quran, aku hnya insan biasa yg ingin mmbantu sahabat lain..
                Tapi yg pasti, mmbntu diriku terlebih dahulu… (^___^)



p/s:
~~jom bercinta selepas nikah.. :)
~~aku pun pernah je bercinta, tapi biarkn yg lepas is past okeyh.. J
~~ buat kaum hawa, jgn disebabkan syg anda pada seseorng, habis segalanya dikorbankan.,
~~(segala cerita di atas di ubah suai mengikut keselesaan)..
~~leave komen if something wrong.. ^^




No comments: