Wednesday 5 December 2012

KeNanGan Silam YanG MengHantui

Bismillah..

kerja aku terbantut akibat sorng demi sorang mengetuk pintu bilik. disebabkan rumate aku yg tiada, coz gi kelas tambahan, aku terpaksa lah bangun duduk, bagun duduk untuk membuka pintu.. hu.. cabaran sungguh tatkala kita ingin memulakan kerja. 
bila aku dah duduk, mood aku nak buat kerja terus hilang. . maka wujudlah entry untuk kali ini yg bertajuk KENANGAN SILAM MENGHANTUIKU..hahah ^_^...  (menaip penuh bangga sambil ikat plastik makanan kucing).. :D

maka bermula lah kisah 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku kegelisahan. ke kanan ke kiri aku pusing. mata dah berat. tapi x leh tidor2 lagi.. kenapakah?? lantas aku menyapai enset aku yg aku selit bawah bantal. jam menunjukkan pukul 2.45 pagi, 5 dec 2012. . sekali lagi aku cuba memejamkan mata. sepi.. usahaku sia2. walaupun mata ingin dilenakan, namun aku tetap x boleh tidur.

dada ku tiba2 jadi sebak. hati mula x tenteram, Allahu Allah.. kenapa dgn aku malam ni. . aku mula berfikir. rumate aku dah lama lena diulit mimpi.. tapi aku? ntah. malam tu rasa suram, sayu..

aku cuba memejamkan mata lagi. . dgn degupan jantungku yg sngt laju, aku terbayang wajah seorang pakcikku yg memandang sinis kepada aku.. cepat2 aku buka mata balik. xsnggup melihat jelingn mata itu. apa yg terbayang tu, adalah satu mimpi yang pernah aku alami. hingga kini, aku terbayang2 mimpi tu

mungkin pada malam tu aku x mampu tidur kerana terbayang2kan mimpi tersebut...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
di suatu rumah yang jelas kelihatan sebijik rumahku...
aku berjalan untuk ke dapur. dan terserempak dgn seorang pakcik aku. dia memandang sinis kepada ku.. "Ika penipu.." "ika penipu"  "nampak je baik rupanya penipu"
suara demi suara aku dengar.. dengan jelingan sebegitu mengerikan, pak cikku tak henti2 mencelaku. saat itu aku hanya mampu mendiamkan diri. . dan ketika itu, dalam hatiku, "biarlah Allah saja yg mengetahui apa yg ku rasakan" ... 
aku teruskan perjalanan untuk ke dapur, dan tatkala itu, aku tersermpak dgn ramai sanak saudaraku. semua seolah2 memulaukan aku, menjauhkan diri dari aku, , apa salah aku hingga aku dipandang sedemikian rupa? kenapa saudara ku memandang aku seolah aku telah melakukan salah yang besar?? 
aku tetap mendiamkan diri. langkahku ku atur segera masuk ke "toilet". segeraku sempurnakan wuduqku.. seusai siap mensucikan diri dengan hati yang hiba dan penuh tanda tanya, aku segera melangkah ke kamarku. "apa salahku" sering bermain di minda.... kubuka pintu bilik, kulihat sepupuku ingin keluar dari bilikku dengan memegang beg baju. dengan jelingan tajam, dia melihatku dan berkata "tak hingin aku tumpang lama2 dalam bilik si penipu macam kau".. aku terkedu..
dengan mata yg berkaca, aku teruskan masuk ke kamar, ku capai sejadah dan telekung. kupakai, kubentang sejadah.. aku bersedia untuk menunaikan solat, namun aku terlihat kedua mak dan ayah ku berada di depan pintu bilik ku. . sayup2 kedengaran suara mereka "xpayah solat kalau hidup kau nak memalukan mak ayah". . sekali lagi aku terkedu

"Ya Allah, ujian apakah yang menimpa aku ini? kenapa semua meminggirkan aku Ya Allah? andai saudara maraku yang melakukannya, aku tidak kisah, namun kenapa mak dan ayah yang sgt aku syg juga melakukan perkara yang serupa? apa salahku Ya Allah" aku berdoa selepas solat sambil berjujuran air mataku. teresak2 tangisanku, tersedu2, tersekat2 nafasku. 

aku tersentak dari tidur ku.. Allahu Allah.. segera aku meludah ke kiri.. dadaku masih lagi terasa debaran mimpi tadi.. Allah.. ='( siapa yg x sedih jika mak ayah kita yang memulaukan kita??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
itulah mimpi yang menjadi igauan aku.. aku x mampu untuk tidur pda malam tu. aku memberanikan diri, ke tandas dan mengambil wuduq. segera ku lakukan apa yg patut. alhamdulillah.. lepas tu aku boleh tidur, walaupun hatiku masih sebak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku sering terfikir. apakah makna mimpi itu... yaa.. mimpi mainan syaitan. namun bila difikirkan balik, mungkin Allah mahu aku menjaga diri aku. jangan buat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri, malah memalukan nama keluarga juga mak dan ayah. mungkin Allah nak tunjukkan pada aku, andai aku tetap melakukannya, mungkin benda yg sama dalam mimpi itu akan jadi kenyataan. siapa yang ingin dipinggirkan insan yg kita syg? siapa? aku sendiri x snggup.. aku ambil iktibar dari mimpiku. akan kubuang segala tabiat yang akan memalukan nama baik keluargaku.. aku masih pelajar, aku belajar membawa namaku, dan juga nama kedua ibu bapaku. sungguh mimpi itu benar2 menghantuiku hingga kini. namun aku sedar, mungkin itu pertunjuk Allah kepadaku..
moga segala salah silapku, dosa2ku, Allah ampunkan.

moga Allah redha.. =') Allahu Allah..
Allah nak aku sedar bahawa apa yg aku buat itu satu kesalahan.



Wednesday 14 November 2012

kenapa aku perlu berhijrah? ^_^



Bismillah..

Bila dikenangkan, mmg dah lama sgt aku x update blog ni, last update pon masa bulan Julai lepas. Now dah bulan November dah..

Tiba2 teringat peristiwa tadi, mana aku nak login blog ni, fuh.. banyak kali  aku test,.. nak tau sbb apa? Sbb aku dah lupa password dia.. haha… macam2 lah aku ni.. nmpk sgt lah aku mmg dh lama x jenguk blog..berhabuk dah… fuhh fuhhh.. (smbil tiup habuk) haha…

Ok.. abaikan semua tu,. Skrg aku nak fokus untuk tajuk entry kali ni… seperti yg kita semua sedia maklum, sekrg dah masuk tahun 1434 Hijrah.. macAm2 aku dgr pasal azam baru.. insyaAllah. Harap semuanya untuk arah kebaikan.. mudah2an..

Apa ada pada HIJRAH??

HIJRAH , dalam bahasa aku, aku memahaminya dgn kata, perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.
Contoh. Mcm aku, masa umur aku menjangkau 13 tahun, aku berhijrah dari Lumut Ke Ipoh.. ha… itu lah hijrah.. atau lebih tepat dgn kata lain, perpindahan.. tapi dlm kes aku ni, ni adalah penghijrahan tempat.. mksud aku, ada lagi istilah yg boleh kita kaitkan dgn hijrah..

Aku ni bukan lah ustazah, tapi aku cuba lah untuk memudahkan fahaman aku sendiri.. haha.. dalam entry ni aku nak fokuskan pada penghijrahan diri sendiri. Dari buruk kepada baik, dan seumpamanya..

Aku tahu, x semua org sempurna, malah aku sendiri masih terkial2 dalam mencari identity sendiri, tapi ingt ye kawan2. Tak salah kalau kita berusaha untuk menjadi yang sempurna dan yg terbaik. 

Apa yg perlu diketengahkan sekarang adalah usaha.
Usaha dan kekuatan iman itu penting dalam setiap diri kita. Ada kala kita sendiri rebah, namun sebab itu bagi mereka2 yg masih dalam proses penghijrahan supaya mendekatkan diri dengan sahabat2 yg mampu membimbing kita… berusaha lah selagi kita mampu.. org zaman sekarang hanya lihat duniawi, result gempak terus dianggap hebat, apalah guna ilmu itu jika tidak dimanfaatkan untuk akhirat kelak? Mudah2an, kita x tergolong dalam kategori ini..


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta”

pengorbanan bak bait2 lirik di atas, jelas menunjukkan satu hijrah itu perlukan pengorbanan. Kalau mereka2 yg ambil ekonomi, pasti tahu istilah “kos Lepas” dimana kos kedua terbaik yang perlu dilepaskan untuk yg terbaik. Kita aplikasikan kos lepas itu dengan istilah pengorbanan.

Namun apa yg saya ingin ingatkan pada semua mereka yg membaca nota ini, kita harus sedar, semakin bertambah tahun, maka umur kita pun makin pendek, bukanlah bertambah..
Bagi mereka yang masih dalam perjalanan menuju suatu keindahan dihadapan, seperti saya, ayuh, mari sama2 kita melangkah hingga keakhirnya. Moga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah..



p/s: kadang kala kita hampir berputus asa, dan ada kalanya sudah pun berputus asa, namun slepas putus asa, benda tu x kan jadi apa2, maka teruskan untuk bangkit dan buktikan pada semua

~masalah itu datang untuk diatasi, bukannya bila datang masalah, kau lari lintang pukang x tentu arah.. ^^v

~bulatkan azam dan tekad, moga kita terus maju ke hadapan.. =)

~ wassalam

Wednesday 11 July 2012

Aku Kaya !!

Bismillah, ini post aku yg pertama untuk bulan Julai dan Ramadan pun tak lama lagi akan menjelma.


kali ni aku nak kisahkan mengenai satu kisah yang aku dapat ketika aku dlm kelas. subjek apa? Perniagaan Mengikut Persepsi Islam (PMPI). . .. hurm, for the info, aku masuk kelas ni macam masuk kelas agama, haha, penuh dengan perkongsian dan ilmu agama, hukum hakam. dan yang paling penting, boleh lah halau sikit setan2 yg pengaroh aku ni bila dgr sedikit peringatan.. =)


Apa yg aku tekankan dan tertarik dengan kata2 Dr aku tu, bila dia ckp, lebih kurang mcm ni lah.
"setiap harta kekayaan yg kita miliki, ada hak orang lain"
mybe ada yg faham, n mungkin ada jugak yg x faham atas apa yg diperkatakan. aku penah buat sbagai status, n ada yg tanya aku, bayar zakatkah?? .. =)


boleh lah kowt aku terangkan sikit.. hurmm, setiap apa yg kita miliki, semua adalah milik Allah, kekayaan kita, harta, dan segalanya, semua milikNya. Then Allah berikan kita rezeki, dan dengan segala macam bentuk kemewahan dan kekayaan. haa, x caye? tgok lah diri korang sendiri, mcm2 jenis enset ada, (pendekatan paling mudah), mcm2 lah, aq sendiri x berminat sgt dgn benda nie. biasa2 je sudah lah.. :)


apa yg aku nak utarakan, kenapa Dr tu kata dlm kekayaan kita ada hak org lain? kita penat2 cari duit, senang2 je kata ada hak orang lain. kan?? :3


mana boleh~ duit aku, aku punya lah, nak duit cari lah sendiri~
Duit aku duit aku, duit ko, duit aku.. errr.. hahaha.. abaikan..


ok, soalan ditanya dgn persoalan, kenapa dlm dunia ni ada org miskin?? jwpn mudah! kalau x de orang miskin, macam mana kita nak beramal? kalau semua dh kaya, dh ada duit sendiri, bila masa nak bersedekah?? simple kan? smpai bila pun, org miskin akan tetap ada, kerana dari situ lah, sumber pahala yg boleh kita kutip, iaitu dgn cara bersedekah.


atau dgn kata lainnya, berkongsi kekayaan yg kita miliki dengan org lain. haaa.. terbuktilah apa yg Dr aku ckp tadi, setiap kekayaan yg dimiliki ada hak org lain. hak yg bagaimana? hak untuk disedekahkan, diwakafkan, dizakatkan. 


kenapa adanya zakat emas?? terngiang2 soalan Dr yg bertanya kepada pelajar dlm kelas.. kenapa ye?? sbb ada emas, dah kaya, so kene share?? haaaa?? kenapa?? 


sbnrnya, dlm Islam, kita tidak dibenarkan menyimpan kekayaan tanpa memberi manfaat kepada org lain, that's why, kita dikene kongsi kekayaan. mcm contoh, anak mami lah kan, gelang (emas) smpai ke lengan, banyak lah kan, so pakai je kemana2, ada x benda tu berpusing dn memberi manfaat kepada org lain??? if kita just pakai, org lain pun duk usha je, ada ke org lain yg tengok boleh merasa emas tu?? merasa kekayaan tu??  right??


jadi, untuk membuat pusingan dan kitaran tu, diadakan zakat emas, apa kegunaannya?? zakat yg diberi boleh lah dikongsikan, so, emas yg kita miliki dah dikongsi oleh org lain. sbb tu setiap kekayaan kita ada hak org lain.. =)


p/s: 
1) jgn lupa bayar zakat untuk ramadhan nnty.. :)
2) belajar meyiapkan diri untuk menempuh Ramadhan yg bakal menjelma. 


Nie harta aku tau! hehe.. jom sedekah =)





Thursday 21 June 2012

awak prihatin tak???

Sebab akibat aku yg terlampau busy smpai x de masa nak update blog, laa ni aku amek sikit masa kejap. benda ni aku dah lama nak post. . tapi asyik ditunda, tunda, tunda.. =___=


Aku teringt pada Isnin lepas, aku merajinkan diri (rajin kew??) basuh bju, pas basuh mcm biasalah, aku jemur bju kat bawah. then x lama pas tu, aku keluar kejap, teman kawan aku beli barang.


nak dijadikan cerita, masuknya waktu maghrib saat tu, aku dan beberapa kawan aku, pergi ke surau dgn melalui jalan yg boleh lihat ampaian.. dann......


"Ya Allah, mcm mana lah aku boleh lupa nak angkat baju".. aku membebel sorang2 bila ternampak beberapa helai baju aku terjatuh, mungkin gara2 angin yg kuat siang tadi.


seusai solat jemaah, untuk kembali ke bilik, aku melalui jln yg sama, dan sesuatu yg mengejut berlaku.. bju aku yg terjatuh tu sudah tersangkut semula di ampaian...


oittt nurul, benda tu biasalah, orang la yg tolong angkatkan...


laaaa, aku tau lah org yg angkatkan, bila masa pulak aku cakap hantu yg angkat?? +_+


so, ape ko nak cter sebenarnye nie nurul?? ce ckp, aku x de masa lah nak baca pjg2.. 


hahaha.. releks2.. :) aku terfikir sejenak saat tue, fikir apa?? jom aku bawak korang semua merungkai misterii.. haha.. ok2.. x yah nak misteri sgt.. hurm, sebenarnya, ingat senang ke nak tolong angkat pakaian org lain yg jatuh tanpa ada perasaan PRIHATIN?? kalau korang la kan, nmpk bju terjatuh, nak angkat ker??


of coz lah angkat, tolong menolong kan amalan mulia...


betullah tue, tapi kene ingt x semua manusia nie prihatin.. mcm mana yer nak bagi dlm diri kita semua nie ada perasaan prihatin ni?? mudah je,  mulakan dgn benda2 yg senang dulu..


contohnya, nampak smpah kat jln, amik, buang, kan prihatin tu, pahala pun dpt. .
(alaaa, malu lah nak wat keje tu, mcm clener) ,,, =___='' demand bebeno,, haha..


okeyh, kalau susah sgt, kome praktikkan kat rumate masing2, kalau dh masuk waktu, dn dia masih tidur, gerakkan dia.. prihatin lah tue.. prihatin terhadapt kawan!


kalau korang rasa prihatin korang dah meninggi, amalkan sedekah kepada yg memerlukan, seperti tabung Palestin, or apa2 yg seumpama dgn nya, ingat! jgn lokek walau sesen utk bersedekah, sikit kamu beri, berlipat kali ganda Allah beri.. :) Sedekah kan amalan mulia.. :)


jadik mcm mana skrg? anda dpt tahu kan anda nie prihatin ke x?? jom bangunkan semangat kePRIHATINAN di dalam diri kita.. PRIHATIN terhadap ummah.. =')




comey kan (^___^)


p/s: 
1) jazakillah khair pada yg mengangkat baju aku tu, walaupun aku x tau siapa.. btw, kompem lah pompan.. =)
2) all the best pada kawan2 yg masih dalm mood exam
3) jom smbung packing barang, nak balik ary nie.. yuhhuuu.. =)

Sunday 17 June 2012

Jualan Murah??? 6___6

seusai solat subuh dan mathurat, aku meneruskan dgn mencoret sekeping bingkisan hati dan juga peringatan untuk diri sendiri. kalau semalam aku nak update, tapi disebabkan mood x menentu, aku menunda untuk update belog aku nie... (^___^)


hurmm.. apa kisah yg aku nak ceritakan yee?? ok lah, nak dijadikan cerita, smlm aku dan dua lagi sahabat telah pergi ke pasar malam bangi (yg dekat dgn shell tu).. nie first time aku gi pasar malam kat sini, memandangkan mmber aku yg dua orang ni dah pernh pergi, so aku follow memfollow lah..~~


  tgh sonok2 jalan2 (aku jalan jauh sikit dari mmber, ketinggalan kat belakang), tiba2 aku ternampak, ramai org berkumpul. tertanya aku dalam haty. apakah?? hahaha.. akibat sebab aku yang x berapa nak tinggi ni, aku cuba menjengkit dan melihat apa yg best sgt kat situ. rupa2nya jualan murah tudung2. hurmm..


dan aku terfikir sejenak. . bgus buat jualan murah tudung ni, menyebabkan ramai yg nak beli, meskipun org tu free hair n dalam masa yg sama,mengajak orng menutup aurat.., but yg mengecewakan aku, dan yg menyentuh perasaan aku. tudung yg dipromosikan dgn harga hebat itu, juga sgt HEBAT saiznya. . yang aku pikir, sesuai untuk bebudak seusia 4-5 tahun tu.. =____________=''


Allahu Allah, ape lah. .yng aku tengok dok berebut2 nak beli tudung tue pulak yg seusia ibu2, anak2 dara, datin2,makcik2 haha,, dn lain2. hurmm.. apa kata lepas nie, buat jualan promosi tudung2 yg lebih besar saiznya?? haha.. kalau ada aku lah org pertama yg bertenggek kat kedai tue.. lalala.. (wat muka selamba).. ~~


Nurul, kenapa ko bangkitkan hal yg sekecik ni???


errrr...aku bangkitkan, bangunkan, dirikan or pape lah pasal perkara ni, bersebab. . aku nak semua sedar, kat luar sana ramai yg nak bertudung aka menutup aurat, tapi sgt lokek untuk keluarkan duet membeli tudung atau kata lain x de duet. so bila ada promosi, dn berkemampuan, dema yg dlm golongn aku kata tadi, akn beli apa yg dipromosikan. tapi apakah yg dipromosi??? kalau makanan aku x kesah, tapi nie tudung.hijab. yg dibuat untuk menutup aurat, bukan menutup kepala semata2.. then bila dh beli, tutup pun mcm x tutup.. errrrrrr~~~~~~~ *talian terputus*


ingatlah kaum hawa, pakai tudung itu x wajib, tapi wajib menutup aurat.. so konklusinya, pemilihan tudng tu perlu betul, menutup paras dada, bukan nya tutup tengkok je.. hurmm.. teringat kata2 ketua aspuri masa aku kat sekolah dulu, "mana yg tudung pendek2 tu, seolah2 maruah dia terumbang ambing sama mcm singkatnya tudung". aku x suh bertudung labuh mcm ustazah2 kat luar tu, tapi kalau nak boleh je, cuma pesanan aku, bertudung dgn sempurna, cover apa yg patot di cover.. 


hurrmmm..... risau jugak dgn designer2 zaman sekrang, nak buat pembaharuan tu, biar berpada2, cer buat tudung tue semua saiz yg sesuai, yg kocek tu khas untuk bebudak je. sodeh eden nengok makcik yg dah lanjut usia dok bertudung mcm tue.. Allahu Rabbi T____T


p/s: 
1) belajarlah menutup aurat dgn sempurna.
2) nak bergaya boleh, tapi mesti tetap menjaga aurat,. lau bosan pakai tudung, pakai selendang, but jaga labuhnya jugak, lau agak2 xnak jugak, kome pakai je tudung periukkk.. opss!! x leh, sbb x menutup apa yg patut ditutup.. :PP
3) Dengan lafaz bismillah, aku sering doakan yg terbaik untuk mereka2 di luar sana, agar menutup aurat dgn sempurna. :') sama2 kita doakan..
4) xde manusia yg sempurna dalam dunia ni, tapi xsalah kalau kita mendekatkan diri untuk menjadi lebih sempurna..


gambar diciplak dari adik comey google.. :D
wallahu'alam

Friday 15 June 2012

Ada Apa pada Cinta??


Dingin suasana di pagi Jumaat ni, sejuk nyaman.. =) 


        Niat di hati nak bukak buku belajar, aku bantutkan.. owh tidak !! (nada gedik)
Kenapa MALAS sgt nie nurul??? huhuhu... kemalasan untuk belajar muncul, namun kerajinan untuk mengUpdate blog tiba, so aku pun apa lagi, on lah apa yg patut..


Hurmm, today kita nak berbicara tentang CINTA?? ada apa dgn CINTA???
banyak benda yang berbicara tentang Cinta, contohnya macam pantun, sajak, syair, lagu, malahan dekat dunia nie penuh dgn cerita2 cinta. mesti anda2 semua pun layan kan kisah2 cinta nie.. :P dan mungkin jugak anda yang membaca nie, turut pernh bercinta.. =)


Eeeyyhh Nurul, jgn tnya orng lain lah!! diri ko tue macam mana?? 
errr... @_@ aku?? haha, baca cebisan sajak yg aku masih ingt di bawah,
Cinta Pada Keluarga, Lahirlah Keluarga Bahagia,
Cinta Pada Kekasih, Sampailah Ke Jinjang Pelamin,
Cinta Pada Negara, Aman Sejahtera yg Dirasai.
Cinta yg Suci Adalah Cinta yang Tulus dn Ikhlas.


mana aku dapat sajak ni?? kalau x silap aku, masa aku di bangku sekolah lagi aku simpan sajak ni.. haha.. dulu aku nie jiwang okeyhh.. :P (bangga giler minah ni) smpai digelar, Dr Cinta...


Nurul dah lari menyimpang dari perbualan asal!!..


Actually apa yg dibicarakan di sini, bukan lah cinta terhadap keluarga, kekasih, saudara, negara, kereta, pasukan bola, or apa2 jelah.. . aku nak bicarakan tentang cinta kita kepada ALLAH swt..


                Boleh kah aku mengatakan, bahawa cinta kita kepada Allah nie bermusim?? ini seperti apa yg aku perhatikan. (xsemua, ada lah segelintir, termasuk aku.. errr.. Allahu Allah). 
Yerlah, bayangkan lah, bila ada musibah melanda, baru nak cari Allah, baru nak cium sejadah tu, baru nak angkat tangan dan berdoa. sebelum tue?? kenapa x berdoa?? kenapa x solat?? adakah sebab kita x perlukan ALLAH time tu??


Tak sahabat. Kita sentiasa perlukan ALLAH, dan ingtkah kawan2?? ALLAH sentiasa bersama kita?? dan kita perlu sematkan CINTA kita kepada ALLAH. . Cinta yang bermusim seperti apa yg dikatakan aku tadi, bukan lah hendak memburukkan sesiapa, cuma mahu mengatakan, perlukah bermusim??

Manusia zaman sekarang terlalu mementingkan cinta dari manusia, smpai kita lupa untuk menyemai cinta kita pada Allah, itu lah sebab cinta kita kepadaNya bermusim.
bila ada musibah, ada exam, interview, kecewa, baru muncul untuk meraih cinta Allah. .
Kenapa sahabat?? tidak salah untuk kita berdoa ketika saat2 yg aku katakan sebentar tadi, but, kenapa saat tue je??  senang kata, "bila susah cari Allah, bila senang, sejadah entah campak ke mana, Allah hilang dari diri kita" . .(memperingati diri sendiri)


Lastly, kita sering mengejar cinta manusia tanpa pernh berusaha untuk mengejar cinta ALLAH swt.


p/s:
1) All the best untuk semua sahabat yg masih berada di mood exam
2) perbaiki diri, peringatan untuk diri sendiri jugak
3) Pelihara lah cinta kita kepada Allah, dekatkan diri kita dengan Allah, percayalah Allah akan tetap terus menyayangi kita.


Wallahu'alam

Monday 11 June 2012

GamBar o_0

Alhamdulillah, selesai sudah mengerjakan solat maghrib secara berjemaah di surau kolej tadi..

ketika aku dalam perjalanan pulang ke bilik, aku terpikir sesuatu, kepalaku hanya teringat facebook.. Owhh noo, aku sudah demam facebook kembali kah??

tak!!
aku teringat benda yg menyedihkan bila duk depan FB nie.. apa dia??
hurm,

Moga apa yg bakal aku coretkan, menjadi pendoman, malah mampu mengubah sesiapa yg membaca. bukan lah aku buat blog nie untuk mengaibkan orang. Jauh sekali niat tue.. haishh!! stop lah Nurul oiii.. ko nak cter apa nie???

sedih lah nak cerita.. erm, tapi sebab aku terlalu sygkan kawan2 malah kalian yg membaca, aku perlu ceritakannya juga..

aku sedih beb! sedih, x tau sedih kenapa..
bila on9, bukak FB, merata2 ada gambar kaum2 hawa yang tak menutup aurat.. Allahu Rabbi.. ='(
byk sgt. .

tak lupa juga pic2 couple, yang duk berdua2, dgn aksi yg pelbagai.. apa nak jadi dgn anak remaja skrg?? ada yg usianya lebih muda dari aku, bergambar mesra dengan pasangan masing2. Allahu Allah. . aku tahu, naluri remaja lain. Bila ditegur, ada je jawapan yg pelbagai..

"Kita kan muda lagi, enjoy lah dulu"
"Jaga kubur masing2 lah, x yah jaga kubur orang lain"

macam2 lah. . Ok fine, kalau nak kata muda, aku pun x lepas dari perasaan couple2 ni.. aku penah jugak mcm tue, tapi masa zaman jahiliyah dulu.Benar, aku akui, bila dah cintakan seseorg, macam2 kita leh buat. . Tapi sedarlah sahabat kalian, sedarlah, semua tu x kemana. . Bila kita cintakan orang, dan hanyut, smpai lupa hukum hakam agama. .

Tolong lah, aku rasa x mampu untuk melihat terus menerus gambar2 kalian yang terlalu2 'mesra' kalah pasangan suami Isteri.. aku ada jugak kawan yg semuda aku (20 tahun) yang dah menikah, tapi aku x nmpk pun dema letak pic yg 'mesra' semacam. walaupun mereka dah sah..

Opss!! jangan salah anggap okeyh.. aku bukan nak suh kome paparkan pic2 mesra kalian (untuk yg dh nikah), cuma aku nak bandingkan. . Kita dapat lihat perbezaan orang yg hangat bercinta dgn org yang bernikah.. sgt berbeza..

Tak habis dengan picture yg x menutup aurat, (terutama kaum Hawa), beralih kepada picture mesra coupling, aku nak beralih jugak kepada gambar yg identitinya susah nak dikenal pasti..

Susah lah mcm nie, bila yg perempuan berlagak berpakaian mcm lelaki. Nak tunjuk gengster ke syg oii?? berubahlah sahabat.. aku tetap doakan kau..

aku smpai kini masih terkejut melihat perubahan2 kawan2 aku yg dulu sama2 main kejar2 kat sekolah.. yg aku hormat dulu.. tiba2, beralih arah.


p/s:
 1)Ya Allah, perkuatkan lah aku untuk membantu kawan2 ku semua, bukakan pintu hati mereka YA ALLAH.. =")
2)Aku menulis kerana aku sedih melihat mereka semua.. sbb mereka kawan aku.. =')
3) Jangan lh terlalu cintakan sesorg hingga kau snggup berikan maruah kau pada si dia. . aku juga pernah bercinta. . Namun, Allah dah tunjukkan aku, bahawa, tiada guna nya percintaan(couple) tu, berikanlah cintamu sepenuhnya kepada bakal suami mu nanty. ingat lah sahabat.. =)
4) delet lah gambar yg x sepatutnya dipaparkan, dan aku juga mohon kalian yg ada gambar aku yg x sopan, tolong lah delet ya..

Jazakumullah khair

~I WRITE COZ I CARE~


Aku x Hebat

Aku bukanlah orang hebat yang bisa menulis sesuatu yang boleh dibanggakan,
namun apa yang ditulis,
apa yg dicoretkan,
ia hanyalah bertujuan untuk diri aku sendiri..

sebagai peringatan, sebagai pendoman,
hanya untuk diri,
tapi aku juga meniatkan,
agar, apa yg aku tulis ini, mampu membawa seseorang,
tidak kira lah, anda, anda atau pun anda yang masih tekun membaca.
membawa kepada perubahan hidup diri kalian.
moga Allah permudahkan segalanya.. =)

Sunday 3 June 2012

MaSa TeruS BerLalu..

sekarang sudah bermulanya study week, aku mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah, disebabkan aras aku kosong, tiada sesiapa, semua pulang., aku pun apa lagi, balik lah jugak.. :)

sesampainya di rumah, aku terus menyalami tgn mak, terasa kasar dalam genggamanku. . aku mengukir senyuman pada mak. sempat mak mengusik aku, "cantik anak mak"..hehe.. :P
aku segera melangkahkan kaki ke bilik. .ok lah, aku rasa x perlu skema sgt kowt aku bercerita.. hahaha..

tak lama selepas tu, aku dgr suara ayah, yang baru pulang dari surau.. terus kujabat tgn ayah, cium tgnnya. . ya, ini lah tangan yang telah membesarkan aku. .

  petang tue, aku lapar sangat, mak menjamuku dengan kari ikan. Wah, dah lama x makan kari, seingat aku, banyak kali jugak aku tambah.. hehe.. tiba2, aku tersedar satu perkara. .
aku terperasan satu benda. .

wajah didepan ku, lama kutatap, ku amati dalam2. . jelas ketara wajah mak makin ditelan usia, aku lihat, wajah emak saling tidak tumpah mcm atuk. . Masa terus berlalu. .

Itulah emak, yg xpernh jemu membesarkan aku, yang satu ketika dahulu, telah melahirkan aku. Dalam badan ni, mengalir darah emak dan ayah. .

Ayah. .
rambutnya makin lama makin memutih, uban tumbuh sana sini. . kadang2, jelas ketara petanda2 ayah dan emak makin lanjut usia. .

Argh!!
aku x tau nape malam nie aku sentap gila,
maybe sbb esok kena balik ukm dah kowt..
izinkan aku untuk membuat satu sajak, khas buat emak dan ayah.. =')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dahulu,
ketika aku masih dalam kandunganmu,
kau menjaga aku dgn pernuh kasih syg,
apa yg ku ingin, kau terpaksa mengidam,
dan ayah,
saat itu, menuruti segalanya,
agar tiada yg kecewa, tiada yg merana.

Bila tiba masa,
aku jejakkan kaki di bumi,
bumi yang penuh dgn pancaroba,
penuh dugaan dan onak duri rintangan.
kalian tidak jemu untuk mengajarku,
kalian tak pernah kira berhabis wang,
hanya untuk membesarkan ku.
Tiada apa yg pernah dihiraukan, 
asalkan dapat memiliki anak yang solehah.

Namun,
angan2 dan juga impian emak dan ayah terkubur,
kata2 kalian tidak lagi aku dengar,
memberontak sehendak2nya,
aku sudah berani melawan kata2 kalian,
menjawab, merajuk, malah, ada juga menjeling kalian.
emak, ayah!
aku tahu, kadang2 kalian pernah mengis hanya sebab aku,
pernah terguris dgn kelakuanku,
sikapku yg kurang sopan,
bertapa bodohnya aku kala itu,
hilang hormatku pada kalian.
hilang segalanya, hilang!!

tidak!!, 
mak dan ayah x pernah salah,
jangan pernah emak ayah, salahkan diri kalian,
mak ayah dah didik sebaik mungkin,
mak ayah dah berusaha sebagusnya,
cuma aku,
aku silap memilih langkah,
aku silap dalam mengatur perjalanan ku yg jauh,
aku silap, aku terleka.
aku tidak pernah mnyalahkan mak ayah,

Kini, masa terus berlalu,
emak, ayah,
izinkan aku untuk membalas jasamu,
maafkan aku atas segala khilafku yang terdahulu,
maafkan aku kerna sikapku, membuatkan dirimu menangis,
aku kan cuba, menjaga nama baik keluarga,
malah, aku akan penuhi impian kalian,
walaupun sukar, aku akn mencubanya,
cuma harapanku,
moga kalian ada bersamaku, ketika aku di menara gading nanti.. =')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*p/s: sayangi keluarga anda sebelum terlambat.. =') saya sayang emak ayah. .juga adik beradik saya.. i love u all.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Tuesday 1 May 2012

tak terungkap


Bismillah..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
                                Jam yang tertera di skrin telefon bimbitkku jelas ketara menunjukkan hampir jam 7 malam. . Tatkala hujan lebat mencurah di luar sana, guruh kuat berdentum dan kilat saling sambung-menyambung. . tiada apa yang terbayang di fikiranku melainkan hanya ketakutan..                                                    

 Apa yang mampu ku lakukan saat itu, hanya lah duduk di sudut hujung katilku sambil berselubung dengan selimut. Sumpah. Dengan nama ALLAH!! Aku sangat takut saat tu, guruh masih lagi berdentum di luar, cahaya kilat yang menyambar, lebih terang jika dibandingkan dengan cahaya lampu kalimantang di bilikku.                               

 Saat diri ini menggigil ketakutan sambil menahan kesakitan yang sekian ada dalam diri, aku segera mencapai telefon, pantas tangan aku menaip.

“akak, guruh kuat, ika takot. L
                                Akibat keseorangan di bilik, tanpa teman, yang mana rumate masih lagi tidak pulang2, aku memerlukan seseorang untuk menemaniku saat itu. . aku menunggu balasan dari seorang yang aku anggap sebagai kakakku sendiri walaupun dia bukanlah kakak kandungku. Namun, tiada balasan yang ku terima. Guruh makin menjadi2 di luar sana. Antara mahu atau tidak, akhirnya mata ini mengalirkan juga airnya. Aku takut. Takut apa2 jadi kat aku saat tu. Derasnya air mataku mengalir, namun masih tidak dapat menandingi lebatnya hujan di luar sana.
“Allah.. Allah..Allah”

        Hanya itu yang terlintas di hati aku.. Saat tu, hati aku bergetar, berdegup kencang bagai ada sesuatu yang bakal berlaku..Tepat 7.12 malam aku menerima satu meseg dari seseorang yang aku lebih menganggapnya sebagai seorang sahabat.


“Dalam lebatnya hujan, kuatnya kilat dan ganasnya guruh ni, apalah kiranya jika kita menadah tangan memohon doa agar Allah menguatkan hati2 kita untuk berada pada jalan ini..sesungguhnya Allah jualah yang memegang hati2 kita. Dan dia jualah yang memberi kekuatan dan keyakinan kepada kita. Semoaga Allah permudahkan urusan kita.”


                                Makin deras air mata ini mengalir, aku tak tahu kenapa saat ni aku sangat2 lemah, sangat2 takut,.. saat guruh berdentum, jantungku bagai berhenti berdenyut, sakit, perit, pedih. . entah apa yang bermain di fikiran aku ketika itu.
                                Dengan ketakutan dan kelemahan yang ada dalam diri, aku menadah tangan. Terlalu banyak dosa yang pernah aku lakukan. Terlalu banyak maksiat yang sering aku buat. Ya Allah, hina sangat aku ini dimataMu Ya Allah.


Ya!! Aku bukan lah mahasiswi yang dari aliran agama atau pun FPI, malah sekolah agama pun aku hanya belajar sampai darjah 3 saja, tapi itu bukanlah sebab untuk aku lemahkan diri. Betul!! Ilmu aku tidak setinggi mana, tidak sehebat mana,lagi2 ilmu2 agama, namun aku tetap orang yang beragama ISLAM! Kenapa aku masih lagi menggunakan alasan tiada ilmu untuk teruskan perjuangan dakwah??!! Ya aku sering kali membenci bila melihat orang yang membuat kemungkaran tapi aku tidak pernah menegur, malah kadang2 aku sendiri yang lakukan perkara yang sama.. :’(


Aku sendiri tahu bahawa kita kita semua adalah dai’e!! tapi kenapa sering beri alasan untuk menjadi seorang dai’e? owh yee, aku ni x layak, aku ni kan tak de ilmu.. hurmm.. nanti kat akhirat boleh ke ek aku cakap macam tu di depan ALLAH??? :’(


                                Ya Allah hinanya aku, menggigilnya aku saat tu seperti akan dicabutnya nyawa aku. Aku akui aku masih tiada ilmu, aku akui aku memang kurang ilmu, tapi aku masih boleh belajar, masih ramai yang sanggup membantu aku. Masih ramai yang sering menjadi penyokong aku dari belakang. Sungguh moga aku terus tabah dan cekal dalam hidup.
                                Masih jelas terangnya kilat diluar, menerangi seluruh bilikku, bagaikan kilat itu menyambar hanya di hujung telingaku. Ya Allah.. (T_T) aku x mampu nak buat pape, yang aku mampu hanya menangis dan terus menerus beristifar..


                                “Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang khilaf, yang lemah, dan sering goyah dalam sesuatu keadaan, Kau berikan lah aku kekuatan, keyakinan diri yang mantap Ya Allah. Sesungguhnya, Engkau tidak akan pernah menguji seseorang itu melainkan dengan kesangguppannya. Aku akui ya Allah, sangat berat dugaan yang Kau berikan terhadapku, adakalanya aku lemah dan susah untuk berdiri semula, moga Engkau terus menerus memperkuatkan diriku ini. Moga jalan dakwah yang Kau tunjukkan padaku ini akan terus sebati dalam hati ini Ya Allah.. Amin Ya Rabb”


Dalam hidup aku, ada dua persoalan yang sering bermain di hati aku..Pertama : Kenapa Allah memberi aku dugaan kesakitan ini.Kedua: kenapa aku boleh berada di situasi ini (jalan dakwah)Dan akhirnya, aku dah temui jawapan,


                                Kerana Allah sayangkan aku (kannnnn.. ^^,) dan ujian Allah yang berat itulah yang memberi aku kekuatan hingga kini walaupun setiap malamku hanya dipenuhi dengan tangisan.  Dan aku tahu, Allah menyuruh aku untuk mengubah jalan hidup aku yang sebelum ini terumbang ambing. Allahu Rabbi, sangat bersar perancangan Allah untuk hamba2Nya..



Wallahu’alam.. :’)                               


Tuesday 3 January 2012

nak ringan-ringan boleh??

bismillah.. assalamualaikum..

untuk dijadikan cerita, ketika aku berada di kampung ku bersama keluarga, aku terlihat dan tertarik dgn satu rancangn di satu siaran Astro Oasis.. (al almaklumlah, astro kat umah xde, n aku pun dh lama x tgok tv)... rancangan yg diberi nama, SOAL ASYRAF... siapa  asyraf?? dia johan Imam Muda... huhu.. :D

oleh disebabkan time aku bukak siaran, time tu dah nak dekat abis dah rancngn tu, so aku x tau tajuk yg dibincangkan ... tbe2 aku terdengar satu pesanan dari ustaz ni.. apa dia?? erm, nak kata ayat ni sebijik, tipu lah.. tapi lebih kurang mcm ni la dia cakap..

"dengar ni pesanan untuk kaum hawa kat luar sana.. ni hawa je boleh dengar, kaum adam x boleh.. (ustaz tu ckp smbil gelak2)... kalau kamu ada pasangan, dan pasangan kamu ajak buat RINGAN-RINGAN, hati2lah, sebab dia tidak ikhlas mahukan kamu, jika dia benar2 mahu kamu, dia akan menjaga kamu, dia tahu bila waktu sepatutnya untuk menyentuh kamu. jika pasangan kamu yg mengajak kamu melakukan sedemikian, maka , dia hanya lah memerlukan kamu untuk kepuasan nafsu dia saja, so, kaum hawa hati2 lah.. " 

haaa.. itu yg aku degr (lebih kurang la ayat dia)... motif aku??? apa yg ustaz tu cakap betul tu.. (maybe lah kot)...  pape pun, kita (kaum Hawa) kena lah menjaga adab2 dan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan... adab dan adat lain okeyh!!.. huhu.. :P

hati-hati dalam tingkah laku mu.. ada yg sedang memerhati..


p/s: kalau dah syg sgt tu, ckp kat mak, nikah terus, kan senang.. x yah duk tanggung dosa banyak2..
-peringatan untuk aku dan juga semua.. T.T
- kalau spe2 yg rajin, jom jenguk blog ustaz ni.. klik sini..