Thursday 21 June 2012

awak prihatin tak???

Sebab akibat aku yg terlampau busy smpai x de masa nak update blog, laa ni aku amek sikit masa kejap. benda ni aku dah lama nak post. . tapi asyik ditunda, tunda, tunda.. =___=


Aku teringt pada Isnin lepas, aku merajinkan diri (rajin kew??) basuh bju, pas basuh mcm biasalah, aku jemur bju kat bawah. then x lama pas tu, aku keluar kejap, teman kawan aku beli barang.


nak dijadikan cerita, masuknya waktu maghrib saat tu, aku dan beberapa kawan aku, pergi ke surau dgn melalui jalan yg boleh lihat ampaian.. dann......


"Ya Allah, mcm mana lah aku boleh lupa nak angkat baju".. aku membebel sorang2 bila ternampak beberapa helai baju aku terjatuh, mungkin gara2 angin yg kuat siang tadi.


seusai solat jemaah, untuk kembali ke bilik, aku melalui jln yg sama, dan sesuatu yg mengejut berlaku.. bju aku yg terjatuh tu sudah tersangkut semula di ampaian...


oittt nurul, benda tu biasalah, orang la yg tolong angkatkan...


laaaa, aku tau lah org yg angkatkan, bila masa pulak aku cakap hantu yg angkat?? +_+


so, ape ko nak cter sebenarnye nie nurul?? ce ckp, aku x de masa lah nak baca pjg2.. 


hahaha.. releks2.. :) aku terfikir sejenak saat tue, fikir apa?? jom aku bawak korang semua merungkai misterii.. haha.. ok2.. x yah nak misteri sgt.. hurm, sebenarnya, ingat senang ke nak tolong angkat pakaian org lain yg jatuh tanpa ada perasaan PRIHATIN?? kalau korang la kan, nmpk bju terjatuh, nak angkat ker??


of coz lah angkat, tolong menolong kan amalan mulia...


betullah tue, tapi kene ingt x semua manusia nie prihatin.. mcm mana yer nak bagi dlm diri kita semua nie ada perasaan prihatin ni?? mudah je,  mulakan dgn benda2 yg senang dulu..


contohnya, nampak smpah kat jln, amik, buang, kan prihatin tu, pahala pun dpt. .
(alaaa, malu lah nak wat keje tu, mcm clener) ,,, =___='' demand bebeno,, haha..


okeyh, kalau susah sgt, kome praktikkan kat rumate masing2, kalau dh masuk waktu, dn dia masih tidur, gerakkan dia.. prihatin lah tue.. prihatin terhadapt kawan!


kalau korang rasa prihatin korang dah meninggi, amalkan sedekah kepada yg memerlukan, seperti tabung Palestin, or apa2 yg seumpama dgn nya, ingat! jgn lokek walau sesen utk bersedekah, sikit kamu beri, berlipat kali ganda Allah beri.. :) Sedekah kan amalan mulia.. :)


jadik mcm mana skrg? anda dpt tahu kan anda nie prihatin ke x?? jom bangunkan semangat kePRIHATINAN di dalam diri kita.. PRIHATIN terhadap ummah.. =')




comey kan (^___^)


p/s: 
1) jazakillah khair pada yg mengangkat baju aku tu, walaupun aku x tau siapa.. btw, kompem lah pompan.. =)
2) all the best pada kawan2 yg masih dalm mood exam
3) jom smbung packing barang, nak balik ary nie.. yuhhuuu.. =)

Sunday 17 June 2012

Jualan Murah??? 6___6

seusai solat subuh dan mathurat, aku meneruskan dgn mencoret sekeping bingkisan hati dan juga peringatan untuk diri sendiri. kalau semalam aku nak update, tapi disebabkan mood x menentu, aku menunda untuk update belog aku nie... (^___^)


hurmm.. apa kisah yg aku nak ceritakan yee?? ok lah, nak dijadikan cerita, smlm aku dan dua lagi sahabat telah pergi ke pasar malam bangi (yg dekat dgn shell tu).. nie first time aku gi pasar malam kat sini, memandangkan mmber aku yg dua orang ni dah pernh pergi, so aku follow memfollow lah..~~


  tgh sonok2 jalan2 (aku jalan jauh sikit dari mmber, ketinggalan kat belakang), tiba2 aku ternampak, ramai org berkumpul. tertanya aku dalam haty. apakah?? hahaha.. akibat sebab aku yang x berapa nak tinggi ni, aku cuba menjengkit dan melihat apa yg best sgt kat situ. rupa2nya jualan murah tudung2. hurmm..


dan aku terfikir sejenak. . bgus buat jualan murah tudung ni, menyebabkan ramai yg nak beli, meskipun org tu free hair n dalam masa yg sama,mengajak orng menutup aurat.., but yg mengecewakan aku, dan yg menyentuh perasaan aku. tudung yg dipromosikan dgn harga hebat itu, juga sgt HEBAT saiznya. . yang aku pikir, sesuai untuk bebudak seusia 4-5 tahun tu.. =____________=''


Allahu Allah, ape lah. .yng aku tengok dok berebut2 nak beli tudung tue pulak yg seusia ibu2, anak2 dara, datin2,makcik2 haha,, dn lain2. hurmm.. apa kata lepas nie, buat jualan promosi tudung2 yg lebih besar saiznya?? haha.. kalau ada aku lah org pertama yg bertenggek kat kedai tue.. lalala.. (wat muka selamba).. ~~


Nurul, kenapa ko bangkitkan hal yg sekecik ni???


errrr...aku bangkitkan, bangunkan, dirikan or pape lah pasal perkara ni, bersebab. . aku nak semua sedar, kat luar sana ramai yg nak bertudung aka menutup aurat, tapi sgt lokek untuk keluarkan duet membeli tudung atau kata lain x de duet. so bila ada promosi, dn berkemampuan, dema yg dlm golongn aku kata tadi, akn beli apa yg dipromosikan. tapi apakah yg dipromosi??? kalau makanan aku x kesah, tapi nie tudung.hijab. yg dibuat untuk menutup aurat, bukan menutup kepala semata2.. then bila dh beli, tutup pun mcm x tutup.. errrrrrr~~~~~~~ *talian terputus*


ingatlah kaum hawa, pakai tudung itu x wajib, tapi wajib menutup aurat.. so konklusinya, pemilihan tudng tu perlu betul, menutup paras dada, bukan nya tutup tengkok je.. hurmm.. teringat kata2 ketua aspuri masa aku kat sekolah dulu, "mana yg tudung pendek2 tu, seolah2 maruah dia terumbang ambing sama mcm singkatnya tudung". aku x suh bertudung labuh mcm ustazah2 kat luar tu, tapi kalau nak boleh je, cuma pesanan aku, bertudung dgn sempurna, cover apa yg patot di cover.. 


hurrmmm..... risau jugak dgn designer2 zaman sekrang, nak buat pembaharuan tu, biar berpada2, cer buat tudung tue semua saiz yg sesuai, yg kocek tu khas untuk bebudak je. sodeh eden nengok makcik yg dah lanjut usia dok bertudung mcm tue.. Allahu Rabbi T____T


p/s: 
1) belajarlah menutup aurat dgn sempurna.
2) nak bergaya boleh, tapi mesti tetap menjaga aurat,. lau bosan pakai tudung, pakai selendang, but jaga labuhnya jugak, lau agak2 xnak jugak, kome pakai je tudung periukkk.. opss!! x leh, sbb x menutup apa yg patut ditutup.. :PP
3) Dengan lafaz bismillah, aku sering doakan yg terbaik untuk mereka2 di luar sana, agar menutup aurat dgn sempurna. :') sama2 kita doakan..
4) xde manusia yg sempurna dalam dunia ni, tapi xsalah kalau kita mendekatkan diri untuk menjadi lebih sempurna..


gambar diciplak dari adik comey google.. :D
wallahu'alam

Friday 15 June 2012

Ada Apa pada Cinta??


Dingin suasana di pagi Jumaat ni, sejuk nyaman.. =) 


        Niat di hati nak bukak buku belajar, aku bantutkan.. owh tidak !! (nada gedik)
Kenapa MALAS sgt nie nurul??? huhuhu... kemalasan untuk belajar muncul, namun kerajinan untuk mengUpdate blog tiba, so aku pun apa lagi, on lah apa yg patut..


Hurmm, today kita nak berbicara tentang CINTA?? ada apa dgn CINTA???
banyak benda yang berbicara tentang Cinta, contohnya macam pantun, sajak, syair, lagu, malahan dekat dunia nie penuh dgn cerita2 cinta. mesti anda2 semua pun layan kan kisah2 cinta nie.. :P dan mungkin jugak anda yang membaca nie, turut pernh bercinta.. =)


Eeeyyhh Nurul, jgn tnya orng lain lah!! diri ko tue macam mana?? 
errr... @_@ aku?? haha, baca cebisan sajak yg aku masih ingt di bawah,
Cinta Pada Keluarga, Lahirlah Keluarga Bahagia,
Cinta Pada Kekasih, Sampailah Ke Jinjang Pelamin,
Cinta Pada Negara, Aman Sejahtera yg Dirasai.
Cinta yg Suci Adalah Cinta yang Tulus dn Ikhlas.


mana aku dapat sajak ni?? kalau x silap aku, masa aku di bangku sekolah lagi aku simpan sajak ni.. haha.. dulu aku nie jiwang okeyhh.. :P (bangga giler minah ni) smpai digelar, Dr Cinta...


Nurul dah lari menyimpang dari perbualan asal!!..


Actually apa yg dibicarakan di sini, bukan lah cinta terhadap keluarga, kekasih, saudara, negara, kereta, pasukan bola, or apa2 jelah.. . aku nak bicarakan tentang cinta kita kepada ALLAH swt..


                Boleh kah aku mengatakan, bahawa cinta kita kepada Allah nie bermusim?? ini seperti apa yg aku perhatikan. (xsemua, ada lah segelintir, termasuk aku.. errr.. Allahu Allah). 
Yerlah, bayangkan lah, bila ada musibah melanda, baru nak cari Allah, baru nak cium sejadah tu, baru nak angkat tangan dan berdoa. sebelum tue?? kenapa x berdoa?? kenapa x solat?? adakah sebab kita x perlukan ALLAH time tu??


Tak sahabat. Kita sentiasa perlukan ALLAH, dan ingtkah kawan2?? ALLAH sentiasa bersama kita?? dan kita perlu sematkan CINTA kita kepada ALLAH. . Cinta yang bermusim seperti apa yg dikatakan aku tadi, bukan lah hendak memburukkan sesiapa, cuma mahu mengatakan, perlukah bermusim??

Manusia zaman sekarang terlalu mementingkan cinta dari manusia, smpai kita lupa untuk menyemai cinta kita pada Allah, itu lah sebab cinta kita kepadaNya bermusim.
bila ada musibah, ada exam, interview, kecewa, baru muncul untuk meraih cinta Allah. .
Kenapa sahabat?? tidak salah untuk kita berdoa ketika saat2 yg aku katakan sebentar tadi, but, kenapa saat tue je??  senang kata, "bila susah cari Allah, bila senang, sejadah entah campak ke mana, Allah hilang dari diri kita" . .(memperingati diri sendiri)


Lastly, kita sering mengejar cinta manusia tanpa pernh berusaha untuk mengejar cinta ALLAH swt.


p/s:
1) All the best untuk semua sahabat yg masih berada di mood exam
2) perbaiki diri, peringatan untuk diri sendiri jugak
3) Pelihara lah cinta kita kepada Allah, dekatkan diri kita dengan Allah, percayalah Allah akan tetap terus menyayangi kita.


Wallahu'alam

Monday 11 June 2012

GamBar o_0

Alhamdulillah, selesai sudah mengerjakan solat maghrib secara berjemaah di surau kolej tadi..

ketika aku dalam perjalanan pulang ke bilik, aku terpikir sesuatu, kepalaku hanya teringat facebook.. Owhh noo, aku sudah demam facebook kembali kah??

tak!!
aku teringat benda yg menyedihkan bila duk depan FB nie.. apa dia??
hurm,

Moga apa yg bakal aku coretkan, menjadi pendoman, malah mampu mengubah sesiapa yg membaca. bukan lah aku buat blog nie untuk mengaibkan orang. Jauh sekali niat tue.. haishh!! stop lah Nurul oiii.. ko nak cter apa nie???

sedih lah nak cerita.. erm, tapi sebab aku terlalu sygkan kawan2 malah kalian yg membaca, aku perlu ceritakannya juga..

aku sedih beb! sedih, x tau sedih kenapa..
bila on9, bukak FB, merata2 ada gambar kaum2 hawa yang tak menutup aurat.. Allahu Rabbi.. ='(
byk sgt. .

tak lupa juga pic2 couple, yang duk berdua2, dgn aksi yg pelbagai.. apa nak jadi dgn anak remaja skrg?? ada yg usianya lebih muda dari aku, bergambar mesra dengan pasangan masing2. Allahu Allah. . aku tahu, naluri remaja lain. Bila ditegur, ada je jawapan yg pelbagai..

"Kita kan muda lagi, enjoy lah dulu"
"Jaga kubur masing2 lah, x yah jaga kubur orang lain"

macam2 lah. . Ok fine, kalau nak kata muda, aku pun x lepas dari perasaan couple2 ni.. aku penah jugak mcm tue, tapi masa zaman jahiliyah dulu.Benar, aku akui, bila dah cintakan seseorg, macam2 kita leh buat. . Tapi sedarlah sahabat kalian, sedarlah, semua tu x kemana. . Bila kita cintakan orang, dan hanyut, smpai lupa hukum hakam agama. .

Tolong lah, aku rasa x mampu untuk melihat terus menerus gambar2 kalian yang terlalu2 'mesra' kalah pasangan suami Isteri.. aku ada jugak kawan yg semuda aku (20 tahun) yang dah menikah, tapi aku x nmpk pun dema letak pic yg 'mesra' semacam. walaupun mereka dah sah..

Opss!! jangan salah anggap okeyh.. aku bukan nak suh kome paparkan pic2 mesra kalian (untuk yg dh nikah), cuma aku nak bandingkan. . Kita dapat lihat perbezaan orang yg hangat bercinta dgn org yang bernikah.. sgt berbeza..

Tak habis dengan picture yg x menutup aurat, (terutama kaum Hawa), beralih kepada picture mesra coupling, aku nak beralih jugak kepada gambar yg identitinya susah nak dikenal pasti..

Susah lah mcm nie, bila yg perempuan berlagak berpakaian mcm lelaki. Nak tunjuk gengster ke syg oii?? berubahlah sahabat.. aku tetap doakan kau..

aku smpai kini masih terkejut melihat perubahan2 kawan2 aku yg dulu sama2 main kejar2 kat sekolah.. yg aku hormat dulu.. tiba2, beralih arah.


p/s:
 1)Ya Allah, perkuatkan lah aku untuk membantu kawan2 ku semua, bukakan pintu hati mereka YA ALLAH.. =")
2)Aku menulis kerana aku sedih melihat mereka semua.. sbb mereka kawan aku.. =')
3) Jangan lh terlalu cintakan sesorg hingga kau snggup berikan maruah kau pada si dia. . aku juga pernah bercinta. . Namun, Allah dah tunjukkan aku, bahawa, tiada guna nya percintaan(couple) tu, berikanlah cintamu sepenuhnya kepada bakal suami mu nanty. ingat lah sahabat.. =)
4) delet lah gambar yg x sepatutnya dipaparkan, dan aku juga mohon kalian yg ada gambar aku yg x sopan, tolong lah delet ya..

Jazakumullah khair

~I WRITE COZ I CARE~


Aku x Hebat

Aku bukanlah orang hebat yang bisa menulis sesuatu yang boleh dibanggakan,
namun apa yang ditulis,
apa yg dicoretkan,
ia hanyalah bertujuan untuk diri aku sendiri..

sebagai peringatan, sebagai pendoman,
hanya untuk diri,
tapi aku juga meniatkan,
agar, apa yg aku tulis ini, mampu membawa seseorang,
tidak kira lah, anda, anda atau pun anda yang masih tekun membaca.
membawa kepada perubahan hidup diri kalian.
moga Allah permudahkan segalanya.. =)

Sunday 3 June 2012

MaSa TeruS BerLalu..

sekarang sudah bermulanya study week, aku mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah, disebabkan aras aku kosong, tiada sesiapa, semua pulang., aku pun apa lagi, balik lah jugak.. :)

sesampainya di rumah, aku terus menyalami tgn mak, terasa kasar dalam genggamanku. . aku mengukir senyuman pada mak. sempat mak mengusik aku, "cantik anak mak"..hehe.. :P
aku segera melangkahkan kaki ke bilik. .ok lah, aku rasa x perlu skema sgt kowt aku bercerita.. hahaha..

tak lama selepas tu, aku dgr suara ayah, yang baru pulang dari surau.. terus kujabat tgn ayah, cium tgnnya. . ya, ini lah tangan yang telah membesarkan aku. .

  petang tue, aku lapar sangat, mak menjamuku dengan kari ikan. Wah, dah lama x makan kari, seingat aku, banyak kali jugak aku tambah.. hehe.. tiba2, aku tersedar satu perkara. .
aku terperasan satu benda. .

wajah didepan ku, lama kutatap, ku amati dalam2. . jelas ketara wajah mak makin ditelan usia, aku lihat, wajah emak saling tidak tumpah mcm atuk. . Masa terus berlalu. .

Itulah emak, yg xpernh jemu membesarkan aku, yang satu ketika dahulu, telah melahirkan aku. Dalam badan ni, mengalir darah emak dan ayah. .

Ayah. .
rambutnya makin lama makin memutih, uban tumbuh sana sini. . kadang2, jelas ketara petanda2 ayah dan emak makin lanjut usia. .

Argh!!
aku x tau nape malam nie aku sentap gila,
maybe sbb esok kena balik ukm dah kowt..
izinkan aku untuk membuat satu sajak, khas buat emak dan ayah.. =')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dahulu,
ketika aku masih dalam kandunganmu,
kau menjaga aku dgn pernuh kasih syg,
apa yg ku ingin, kau terpaksa mengidam,
dan ayah,
saat itu, menuruti segalanya,
agar tiada yg kecewa, tiada yg merana.

Bila tiba masa,
aku jejakkan kaki di bumi,
bumi yang penuh dgn pancaroba,
penuh dugaan dan onak duri rintangan.
kalian tidak jemu untuk mengajarku,
kalian tak pernah kira berhabis wang,
hanya untuk membesarkan ku.
Tiada apa yg pernah dihiraukan, 
asalkan dapat memiliki anak yang solehah.

Namun,
angan2 dan juga impian emak dan ayah terkubur,
kata2 kalian tidak lagi aku dengar,
memberontak sehendak2nya,
aku sudah berani melawan kata2 kalian,
menjawab, merajuk, malah, ada juga menjeling kalian.
emak, ayah!
aku tahu, kadang2 kalian pernah mengis hanya sebab aku,
pernah terguris dgn kelakuanku,
sikapku yg kurang sopan,
bertapa bodohnya aku kala itu,
hilang hormatku pada kalian.
hilang segalanya, hilang!!

tidak!!, 
mak dan ayah x pernah salah,
jangan pernah emak ayah, salahkan diri kalian,
mak ayah dah didik sebaik mungkin,
mak ayah dah berusaha sebagusnya,
cuma aku,
aku silap memilih langkah,
aku silap dalam mengatur perjalanan ku yg jauh,
aku silap, aku terleka.
aku tidak pernah mnyalahkan mak ayah,

Kini, masa terus berlalu,
emak, ayah,
izinkan aku untuk membalas jasamu,
maafkan aku atas segala khilafku yang terdahulu,
maafkan aku kerna sikapku, membuatkan dirimu menangis,
aku kan cuba, menjaga nama baik keluarga,
malah, aku akan penuhi impian kalian,
walaupun sukar, aku akn mencubanya,
cuma harapanku,
moga kalian ada bersamaku, ketika aku di menara gading nanti.. =')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*p/s: sayangi keluarga anda sebelum terlambat.. =') saya sayang emak ayah. .juga adik beradik saya.. i love u all.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~