Wednesday 14 November 2012

kenapa aku perlu berhijrah? ^_^



Bismillah..

Bila dikenangkan, mmg dah lama sgt aku x update blog ni, last update pon masa bulan Julai lepas. Now dah bulan November dah..

Tiba2 teringat peristiwa tadi, mana aku nak login blog ni, fuh.. banyak kali  aku test,.. nak tau sbb apa? Sbb aku dah lupa password dia.. haha… macam2 lah aku ni.. nmpk sgt lah aku mmg dh lama x jenguk blog..berhabuk dah… fuhh fuhhh.. (smbil tiup habuk) haha…

Ok.. abaikan semua tu,. Skrg aku nak fokus untuk tajuk entry kali ni… seperti yg kita semua sedia maklum, sekrg dah masuk tahun 1434 Hijrah.. macAm2 aku dgr pasal azam baru.. insyaAllah. Harap semuanya untuk arah kebaikan.. mudah2an..

Apa ada pada HIJRAH??

HIJRAH , dalam bahasa aku, aku memahaminya dgn kata, perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.
Contoh. Mcm aku, masa umur aku menjangkau 13 tahun, aku berhijrah dari Lumut Ke Ipoh.. ha… itu lah hijrah.. atau lebih tepat dgn kata lain, perpindahan.. tapi dlm kes aku ni, ni adalah penghijrahan tempat.. mksud aku, ada lagi istilah yg boleh kita kaitkan dgn hijrah..

Aku ni bukan lah ustazah, tapi aku cuba lah untuk memudahkan fahaman aku sendiri.. haha.. dalam entry ni aku nak fokuskan pada penghijrahan diri sendiri. Dari buruk kepada baik, dan seumpamanya..

Aku tahu, x semua org sempurna, malah aku sendiri masih terkial2 dalam mencari identity sendiri, tapi ingt ye kawan2. Tak salah kalau kita berusaha untuk menjadi yang sempurna dan yg terbaik. 

Apa yg perlu diketengahkan sekarang adalah usaha.
Usaha dan kekuatan iman itu penting dalam setiap diri kita. Ada kala kita sendiri rebah, namun sebab itu bagi mereka2 yg masih dalam proses penghijrahan supaya mendekatkan diri dengan sahabat2 yg mampu membimbing kita… berusaha lah selagi kita mampu.. org zaman sekarang hanya lihat duniawi, result gempak terus dianggap hebat, apalah guna ilmu itu jika tidak dimanfaatkan untuk akhirat kelak? Mudah2an, kita x tergolong dalam kategori ini..


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta”

pengorbanan bak bait2 lirik di atas, jelas menunjukkan satu hijrah itu perlukan pengorbanan. Kalau mereka2 yg ambil ekonomi, pasti tahu istilah “kos Lepas” dimana kos kedua terbaik yang perlu dilepaskan untuk yg terbaik. Kita aplikasikan kos lepas itu dengan istilah pengorbanan.

Namun apa yg saya ingin ingatkan pada semua mereka yg membaca nota ini, kita harus sedar, semakin bertambah tahun, maka umur kita pun makin pendek, bukanlah bertambah..
Bagi mereka yang masih dalam perjalanan menuju suatu keindahan dihadapan, seperti saya, ayuh, mari sama2 kita melangkah hingga keakhirnya. Moga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah..



p/s: kadang kala kita hampir berputus asa, dan ada kalanya sudah pun berputus asa, namun slepas putus asa, benda tu x kan jadi apa2, maka teruskan untuk bangkit dan buktikan pada semua

~masalah itu datang untuk diatasi, bukannya bila datang masalah, kau lari lintang pukang x tentu arah.. ^^v

~bulatkan azam dan tekad, moga kita terus maju ke hadapan.. =)

~ wassalam