Wednesday, 5 December 2012

KeNanGan Silam YanG MengHantui

Bismillah..

kerja aku terbantut akibat sorng demi sorang mengetuk pintu bilik. disebabkan rumate aku yg tiada, coz gi kelas tambahan, aku terpaksa lah bangun duduk, bagun duduk untuk membuka pintu.. hu.. cabaran sungguh tatkala kita ingin memulakan kerja. 
bila aku dah duduk, mood aku nak buat kerja terus hilang. . maka wujudlah entry untuk kali ini yg bertajuk KENANGAN SILAM MENGHANTUIKU..hahah ^_^...  (menaip penuh bangga sambil ikat plastik makanan kucing).. :D

maka bermula lah kisah 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku kegelisahan. ke kanan ke kiri aku pusing. mata dah berat. tapi x leh tidor2 lagi.. kenapakah?? lantas aku menyapai enset aku yg aku selit bawah bantal. jam menunjukkan pukul 2.45 pagi, 5 dec 2012. . sekali lagi aku cuba memejamkan mata. sepi.. usahaku sia2. walaupun mata ingin dilenakan, namun aku tetap x boleh tidur.

dada ku tiba2 jadi sebak. hati mula x tenteram, Allahu Allah.. kenapa dgn aku malam ni. . aku mula berfikir. rumate aku dah lama lena diulit mimpi.. tapi aku? ntah. malam tu rasa suram, sayu..

aku cuba memejamkan mata lagi. . dgn degupan jantungku yg sngt laju, aku terbayang wajah seorang pakcikku yg memandang sinis kepada aku.. cepat2 aku buka mata balik. xsnggup melihat jelingn mata itu. apa yg terbayang tu, adalah satu mimpi yang pernah aku alami. hingga kini, aku terbayang2 mimpi tu

mungkin pada malam tu aku x mampu tidur kerana terbayang2kan mimpi tersebut...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
di suatu rumah yang jelas kelihatan sebijik rumahku...
aku berjalan untuk ke dapur. dan terserempak dgn seorang pakcik aku. dia memandang sinis kepada ku.. "Ika penipu.." "ika penipu"  "nampak je baik rupanya penipu"
suara demi suara aku dengar.. dengan jelingan sebegitu mengerikan, pak cikku tak henti2 mencelaku. saat itu aku hanya mampu mendiamkan diri. . dan ketika itu, dalam hatiku, "biarlah Allah saja yg mengetahui apa yg ku rasakan" ... 
aku teruskan perjalanan untuk ke dapur, dan tatkala itu, aku tersermpak dgn ramai sanak saudaraku. semua seolah2 memulaukan aku, menjauhkan diri dari aku, , apa salah aku hingga aku dipandang sedemikian rupa? kenapa saudara ku memandang aku seolah aku telah melakukan salah yang besar?? 
aku tetap mendiamkan diri. langkahku ku atur segera masuk ke "toilet". segeraku sempurnakan wuduqku.. seusai siap mensucikan diri dengan hati yang hiba dan penuh tanda tanya, aku segera melangkah ke kamarku. "apa salahku" sering bermain di minda.... kubuka pintu bilik, kulihat sepupuku ingin keluar dari bilikku dengan memegang beg baju. dengan jelingan tajam, dia melihatku dan berkata "tak hingin aku tumpang lama2 dalam bilik si penipu macam kau".. aku terkedu..
dengan mata yg berkaca, aku teruskan masuk ke kamar, ku capai sejadah dan telekung. kupakai, kubentang sejadah.. aku bersedia untuk menunaikan solat, namun aku terlihat kedua mak dan ayah ku berada di depan pintu bilik ku. . sayup2 kedengaran suara mereka "xpayah solat kalau hidup kau nak memalukan mak ayah". . sekali lagi aku terkedu

"Ya Allah, ujian apakah yang menimpa aku ini? kenapa semua meminggirkan aku Ya Allah? andai saudara maraku yang melakukannya, aku tidak kisah, namun kenapa mak dan ayah yang sgt aku syg juga melakukan perkara yang serupa? apa salahku Ya Allah" aku berdoa selepas solat sambil berjujuran air mataku. teresak2 tangisanku, tersedu2, tersekat2 nafasku. 

aku tersentak dari tidur ku.. Allahu Allah.. segera aku meludah ke kiri.. dadaku masih lagi terasa debaran mimpi tadi.. Allah.. ='( siapa yg x sedih jika mak ayah kita yang memulaukan kita??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
itulah mimpi yang menjadi igauan aku.. aku x mampu untuk tidur pda malam tu. aku memberanikan diri, ke tandas dan mengambil wuduq. segera ku lakukan apa yg patut. alhamdulillah.. lepas tu aku boleh tidur, walaupun hatiku masih sebak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku sering terfikir. apakah makna mimpi itu... yaa.. mimpi mainan syaitan. namun bila difikirkan balik, mungkin Allah mahu aku menjaga diri aku. jangan buat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri, malah memalukan nama keluarga juga mak dan ayah. mungkin Allah nak tunjukkan pada aku, andai aku tetap melakukannya, mungkin benda yg sama dalam mimpi itu akan jadi kenyataan. siapa yang ingin dipinggirkan insan yg kita syg? siapa? aku sendiri x snggup.. aku ambil iktibar dari mimpiku. akan kubuang segala tabiat yang akan memalukan nama baik keluargaku.. aku masih pelajar, aku belajar membawa namaku, dan juga nama kedua ibu bapaku. sungguh mimpi itu benar2 menghantuiku hingga kini. namun aku sedar, mungkin itu pertunjuk Allah kepadaku..
moga segala salah silapku, dosa2ku, Allah ampunkan.

moga Allah redha.. =') Allahu Allah..
Allah nak aku sedar bahawa apa yg aku buat itu satu kesalahan.