Wednesday 4 September 2013

Hadiah?? tersenyum lah bila menerima 'Hadiah'

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah.. sebalik hujan yang lebat di luar, aku merajinkan diri untuk menulis satu entry.. lama beno aku x update blog ni.. huhu.. oklah..

HADIAH.. itu tajuk aku.. kita mmg suka dpt hadiah kan.. x kisah lah hadiah apa pun, besar, kecik.. kita kena tetap hargai.. tapi tu hadiah dari manusia.. agak2 kalian, ada x HADIAH daripada ALLAH??

ada.. hadiah dari Allah adalah berbentuk ujian. ujian yang dihantar dan dikirimkan kpd kita melalui malaikat Jibril.. ujian yang untuk menguji tahap keimanan kita.. tahap kekuatan kita.. benar kan?? ujian kadang2 ada ujian yg tinggi, ada ujian yang kecil dan sederhana.. Allah akan turunkan ujian mengikut darjat dan kemampuan seseorang tu..

korang pernh x terfikir, kenapa di bumi Islam, mcm Mesir, Syria, Palestin, dn lain2, diuji kuat dengan peperangan dan kezaliman yang x pernah putus2?? pernah x? dulu aku pun pernh jugak terfikir, tapi skrg aku dh tahu jawapannya..

sbb.. mereka sudah selesai dakwahnya, mereka sudah selesai tarbiahnya.. ujian sekecil ujian nafsu(sosial) dn lain2 mereka berjaya atasi, maka ujian yg berikutnya adalah mempertahankan agama.. Allahu Allah.. lihat lah.. ujian sebesar ini mereka terima.. kerana darjat mereka sudah jauh daripada kita..

ujian untuk kita pula, ujian kecil je. kita sendiri senang tewas.. betul tak?? sbb tu lah byk jenayah kat negara kita, buang bayi, bunuh diri.. Allahu Allah.. moga aku, kita dan keluarga kita terhindar dari semua itu..

disebalik hadiah (ujian) yg Allah turunkan tu.. Allah beri pertolongan kepada kita.. Allah hadiahkan pula sahabat2, kawan2, keluarga, kenalan, untuk membantu kita dalam mengharungi ujian tersebut.. Adilnya Allah.. =')

Alhamdulillah.. kita masih diuji, kerana Allah sayang kita.. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita...

p/s: kadang2 kita mengeluh bila menerima ujian. tanpa kita sedar, yg ujian itu adalah untuk menaikan martabat dn dajat kita.. Allah.. =') perkuatkan lah kami dalam mengharungi segala ujianMu.. amin Ya Rabb


Monday 25 March 2013

Api Yang MemBara

Assalamualaikum

lama jugak aku tak mengupdatekan entry aku, haa.. ni first entry untuk tahun ni.. tahun 2013..
untuk pembukaan entry 2013 (pembukaan lah sgt kannn) haha, aku letak tajuk howtt sikit...

API YANG MEMBARA..

haaaa.. kalau ckp pasal api dan manusia.. apa yang  boleh disimpulkan??? (jawab lahh!!).. hehe.. opcoz lah perasaan marah, panas baran, maki hamun, dan sebagainya.. betoi x?? ermmm.. kenapa aku ckp pasal benda ni??

actually aku ni pun seorang yang panas baran sebenarnya.. and aku tau, mungkin ada di kalangan pembaca ni pun sama mcm aku (give me 5) hehe~.. tapi kita sendiri tau kan, x elok panas baran ni.. x elok utk diri sendiri (risau kena darah tinggi), and xelok utk persekitaran kita..

so this entry aku create utk bercerita satu kisah tentang seorg yg cukup panas baran...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maka tersebutlah kisah.... ada sebuah rumah, yang dihuni oleh dua beranak, ayah dan seorang anak lelakinya (Ali).. anak lelaki tersebut seorang yang panas baran.. hurmm.. kalau marah, dia x fikir apa dah, semua org akan dimarahinya,dimaki,dihina dn sbagainya.. hingga satu hari, Ali menyuarakan kebimbangannya terhadap sikapnya itu.. lalu ayah segera ke kedai, dan membeli seguni paku dan satu penukul.

nak tau kenapa ayah dia beli seguni paku dan penukul?? ayah dia kata, "ali, kalau kau rasa marah, bengang, sakit hati, pergilah kau memaku paku ini di dinding tembok di halaman rumah kita, ia akan mengurangkan kemarahan mu"

Ali yang memahami arahan ayahnya, segera menyimpan guni paku dan penukul tu,.. hurmm.. dalam sehari, hampir 48 paku telah tercacak di dinding tembok halaman rumah mereka.. makin hari makin banyak.. hingga sampai satu tahap, di dinding tembok itu sudah tiada ruang utk dia memaku..

akhirnya~~

'ayah, ali rasa, menahan kemarahan itu lebih baik dan mudah daripada memaku di dinding tembok itu, dan ali juga sudah mula dapat mengawal panas baran ali ni'

lalu si ayah mencadangkan agar si anak mencabut kembali paku2 apabila si Anak dapat mengawal kemarahannya.. hari demi hari, paku yang tercacak makin berkurang.. hingga satu hari, Ali mencabut kembali paku yang terakhir yang tercacak dengan gembiranya, kerana bagi dia, dia dah berjaya mengawal amarahnya..

Ali berlari menuju ke arah ayahnya.. "ayah, lihat, tembok ini sudah bersih. tiada lagi paku, Ali dah dpt kawal kemarahan Ali, Ali dah berjaya" (sambil lompat2 keriangan).. tapi si ayah hanya mampu mengeleng2... "kenapa ayah??"

lalu, si ayah menarik tangan anaknya, dan membawanya rapat ke dinding tembok halaman rumah mereka..

"Anakku, benar katamu, kamu sudah berjaya, namun lihat lah lubang2 di tembok ini, tembok ini sudah x secantik seperti sebelumnya, Sama juga seperti kamu Ali, bila kamu marah, kamu lepaskan kemarahan kamu kepada semua org, tanpa kamu sedari, ia akan meninggalkan bekas di hati2 mereka, sama seperti bekas lubang paku ini.. walaupun kamu sudah memohon maaf sebanyak manapun"

Ali terdiam.. mengiakan kata ayahnya..

"berubahlah.. jagalah hati org disekelilingmu Ali, jgn hanya kerana sifat amarahmu, hati org disekelilingmu terguris"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haaaaa... pjg pulak cerita kali ni.. hehe.... ok.. so dpt x moral of the story ni???
hope dapat lah.. mmg kita akui, sifat marah ni bukan kita nak, bukan kita mintak pun.. ada yg kata, sejak kecik2 lagi dia dah jadi pemarah.. silap tu, ada ke bayi kuar2 dah mengamuk?? xde kan.. sbnrnya itu semua hasutan syaitan.. biasa lah.. bila kita marah, macam2 boleh kita buat.. syaitan ni mmg x kan pernh mengalah nak sesatkan kita.. hurmm.. sedangkan Rasulullah SAW sendiri dah bersabda  apa yang perlu dibuat bila marah.. 

 “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”

~adik comey ni diculik dari pakcik Google~

p/s: senyum seindah suria (lalalalala) hehe... senyum lah jika tengah marah (peringatan utk diri sendiri)