Wednesday 4 September 2013

Hadiah?? tersenyum lah bila menerima 'Hadiah'

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah.. sebalik hujan yang lebat di luar, aku merajinkan diri untuk menulis satu entry.. lama beno aku x update blog ni.. huhu.. oklah..

HADIAH.. itu tajuk aku.. kita mmg suka dpt hadiah kan.. x kisah lah hadiah apa pun, besar, kecik.. kita kena tetap hargai.. tapi tu hadiah dari manusia.. agak2 kalian, ada x HADIAH daripada ALLAH??

ada.. hadiah dari Allah adalah berbentuk ujian. ujian yang dihantar dan dikirimkan kpd kita melalui malaikat Jibril.. ujian yang untuk menguji tahap keimanan kita.. tahap kekuatan kita.. benar kan?? ujian kadang2 ada ujian yg tinggi, ada ujian yang kecil dan sederhana.. Allah akan turunkan ujian mengikut darjat dan kemampuan seseorang tu..

korang pernh x terfikir, kenapa di bumi Islam, mcm Mesir, Syria, Palestin, dn lain2, diuji kuat dengan peperangan dan kezaliman yang x pernah putus2?? pernah x? dulu aku pun pernh jugak terfikir, tapi skrg aku dh tahu jawapannya..

sbb.. mereka sudah selesai dakwahnya, mereka sudah selesai tarbiahnya.. ujian sekecil ujian nafsu(sosial) dn lain2 mereka berjaya atasi, maka ujian yg berikutnya adalah mempertahankan agama.. Allahu Allah.. lihat lah.. ujian sebesar ini mereka terima.. kerana darjat mereka sudah jauh daripada kita..

ujian untuk kita pula, ujian kecil je. kita sendiri senang tewas.. betul tak?? sbb tu lah byk jenayah kat negara kita, buang bayi, bunuh diri.. Allahu Allah.. moga aku, kita dan keluarga kita terhindar dari semua itu..

disebalik hadiah (ujian) yg Allah turunkan tu.. Allah beri pertolongan kepada kita.. Allah hadiahkan pula sahabat2, kawan2, keluarga, kenalan, untuk membantu kita dalam mengharungi ujian tersebut.. Adilnya Allah.. =')

Alhamdulillah.. kita masih diuji, kerana Allah sayang kita.. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita...

p/s: kadang2 kita mengeluh bila menerima ujian. tanpa kita sedar, yg ujian itu adalah untuk menaikan martabat dn dajat kita.. Allah.. =') perkuatkan lah kami dalam mengharungi segala ujianMu.. amin Ya Rabb