Wednesday, 11 July 2012

Aku Kaya !!

Bismillah, ini post aku yg pertama untuk bulan Julai dan Ramadan pun tak lama lagi akan menjelma.


kali ni aku nak kisahkan mengenai satu kisah yang aku dapat ketika aku dlm kelas. subjek apa? Perniagaan Mengikut Persepsi Islam (PMPI). . .. hurm, for the info, aku masuk kelas ni macam masuk kelas agama, haha, penuh dengan perkongsian dan ilmu agama, hukum hakam. dan yang paling penting, boleh lah halau sikit setan2 yg pengaroh aku ni bila dgr sedikit peringatan.. =)


Apa yg aku tekankan dan tertarik dengan kata2 Dr aku tu, bila dia ckp, lebih kurang mcm ni lah.
"setiap harta kekayaan yg kita miliki, ada hak orang lain"
mybe ada yg faham, n mungkin ada jugak yg x faham atas apa yg diperkatakan. aku penah buat sbagai status, n ada yg tanya aku, bayar zakatkah?? .. =)


boleh lah kowt aku terangkan sikit.. hurmm, setiap apa yg kita miliki, semua adalah milik Allah, kekayaan kita, harta, dan segalanya, semua milikNya. Then Allah berikan kita rezeki, dan dengan segala macam bentuk kemewahan dan kekayaan. haa, x caye? tgok lah diri korang sendiri, mcm2 jenis enset ada, (pendekatan paling mudah), mcm2 lah, aq sendiri x berminat sgt dgn benda nie. biasa2 je sudah lah.. :)


apa yg aku nak utarakan, kenapa Dr tu kata dlm kekayaan kita ada hak org lain? kita penat2 cari duit, senang2 je kata ada hak orang lain. kan?? :3


mana boleh~ duit aku, aku punya lah, nak duit cari lah sendiri~
Duit aku duit aku, duit ko, duit aku.. errr.. hahaha.. abaikan..


ok, soalan ditanya dgn persoalan, kenapa dlm dunia ni ada org miskin?? jwpn mudah! kalau x de orang miskin, macam mana kita nak beramal? kalau semua dh kaya, dh ada duit sendiri, bila masa nak bersedekah?? simple kan? smpai bila pun, org miskin akan tetap ada, kerana dari situ lah, sumber pahala yg boleh kita kutip, iaitu dgn cara bersedekah.


atau dgn kata lainnya, berkongsi kekayaan yg kita miliki dengan org lain. haaa.. terbuktilah apa yg Dr aku ckp tadi, setiap kekayaan yg dimiliki ada hak org lain. hak yg bagaimana? hak untuk disedekahkan, diwakafkan, dizakatkan. 


kenapa adanya zakat emas?? terngiang2 soalan Dr yg bertanya kepada pelajar dlm kelas.. kenapa ye?? sbb ada emas, dah kaya, so kene share?? haaaa?? kenapa?? 


sbnrnya, dlm Islam, kita tidak dibenarkan menyimpan kekayaan tanpa memberi manfaat kepada org lain, that's why, kita dikene kongsi kekayaan. mcm contoh, anak mami lah kan, gelang (emas) smpai ke lengan, banyak lah kan, so pakai je kemana2, ada x benda tu berpusing dn memberi manfaat kepada org lain??? if kita just pakai, org lain pun duk usha je, ada ke org lain yg tengok boleh merasa emas tu?? merasa kekayaan tu??  right??


jadi, untuk membuat pusingan dan kitaran tu, diadakan zakat emas, apa kegunaannya?? zakat yg diberi boleh lah dikongsikan, so, emas yg kita miliki dah dikongsi oleh org lain. sbb tu setiap kekayaan kita ada hak org lain.. =)


p/s: 
1) jgn lupa bayar zakat untuk ramadhan nnty.. :)
2) belajar meyiapkan diri untuk menempuh Ramadhan yg bakal menjelma. 


Nie harta aku tau! hehe.. jom sedekah =)