Saturday 24 December 2011

-Binatang Bernama Huraisy-

Assalamualaikum wahai sahabat.. ingin berkongsi sebuah cerita..


  Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat. Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?" Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."






1. Orang yang tidak mengerjakan solat.










2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.







3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.








4. Orang yang suka minum arak.





5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal 


dunia.





p/s: hurmm.. jaga2 lah eyhh.. ^_^v






Friday 23 December 2011

berjalan tanpa henti

assalamualaikum

ada satu ketika di saat hati  gundah gulana dgn dosa yg menimpa..
permasalahan demi permasalahan menerkam jiwa..
sanubari tidak tenteram rasanya,
tiba2, tgn ini bisa menaip secebis kesilapan dan moga diperbetulkan..
dan
muncul seorg sahabat yg snggup mendengr..

ada satu ketika,
hati mula memberontak smula,
untuk kembali ke dunia silam amnya,
namun,
ketika itu
terlihat satu pesanan,
dan inilah yg kuterima...

khas buat diriku.. (perasan giler.. hahaha)

..............................................................................................................


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah

Hari demi hari berjalan tanpa henti

Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Kau dah temu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya yang kuasa dikau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


p/s- thanks sahabat

:)

penyanyi lagu ni.. ^_^


Thursday 1 December 2011

bercinta??? :)

Assalamualaikum...teringin berkongsi sebuah cerita...

Seusai solat, aku merehatkan diri.. tbe2 aku didatangi oleh seorang gadis yg ayu bertudung.. datang menghampiriku, aku menyambut  dengan senyuman manis yg terukir di bibir.. (manis ke?? Hahaha )..
Aku amati wajah gadis bertudung litup di samping baju pink yg dipakainya, Nampak bertambah manis bila terlihat lesung pipit yg terpancar bila dia senyum.. aku hulurkan salam, tanda pertemuan ku dgn seorang sahabat yg lama tidak kutemui..

Tbe2 dia melihat aku, aku pun membalas pandangannya dgn penuh persoalan…
Aku : eyh.. asal tgok aku macam tu???
Sahabat: ermm.. x de pape lah…
Aku: kamu mcm ada masalah, meh lah share dgn aku…
S: bila tgok org lain dok bercinta, kapel, dating sana sini, aku pun teringin lah.. n aku pun dah kapel  baru2 nie.. ermm tapi…
A:erk?? Ko dah kapel?? Owh.. erm, tapi ape??
S: entah lah, sejak menjak ni bf aku makin lama makin … (sahabat terus senyap tanpa kata)..
                Aku terus memerhati dan menanti dgn penuh tanda tnya..namun tiada smbungan dari sahabat aku sorang tu.. aku mati akal..
A: ko kenapa nie?? Cter r, ko kan kawan aku… xyah segan2 lah…
S: actually kan, aku ngn dia tu dh mcm belangkas dah, sana sini dok berkepit jerk.. erk, tgn aku ni dah berapa kali digenggam dia, rambut aku ni, dah berapa helai dilihat dia, ermm, aku jadik x kesah bila bersama dia, pegangan agama aku tbe2 jadik lemah time tu, sbb syg punya pasal, aku jadik layu dgn dia.. tapi kadang2, bila benda tu dah lepas, tbe2 keinsafan tu datang… tapi bila berlaku lagi, aku jadik x kesah, then dah lepas, aku insaf balik… mcm tu lah benda ni berputar…
(kelihatan sahabat terus menunduk)..
                Aku senyapkan diri, bukan untuk membuatkan dia lagi rasa bersalah.. tapi aku mahu dia tenangkan diri dulu..
                Aku mengimbau kenangan aku ketika mendengar Ummah Talk yg aku hadiri selasa lepas, perkara yg dibincangkan adalah pasal CINTA…  aku tersenyum.. yehaa.. :D

A: ko tahu pasal kebenaran bercinta sebelum bernikah???
S: kebenaran??? Maksud ko ape??
                Aku pun apa lagi, terus memulakan bicara aku bersama sahabat yg tersayang ni..
Sahabat, perkara yg kamu kena tahu, cinta sebelum nikah nie, ada hukum tersendiri, adanya ialah haram.. kerana melaluinya kamu akan terlibat dgn zina.. x kiralah zina ape pun, dari hati, mata, tgn , lidah, kaki dan lain2..
Sahabat.. kamu kene tahu, secara logiknya juga, kalau kamu yg mahu berkapel ni, kamu akan cepat bosan dgn pasangan.. byk sgt kelemahan kalau berkapel ni..
Kene ingat gak, yg benda ni mmpu buat kamu x focus pada stdy, membazir wang dan jugak masa. .
                Ada yg sampai pernah mngatakan cinta secara islamik??? Adakah??? Cinta islamik yg bagaimana?? Kita semua manusia, punya hawa nafsu.. mmpukah bertahan sehingga menunggu nikah?? Tepuk dada, tanya imanmu wahai sahabat..
                Bercinta, sekiranya seseorang itu ikhlas, masuk sajalah merisik, meminang, seterusnya bernikah..
X perlulah nk berjanji, .. bak kata ustaz tu, tunggu lepas habis pengajian, keje setahun, lepas tu nikah, owhhh dear, berapa lama mahu menunggu?? Kemungkinan dalam masa itu, kamu masih boleh ketemu insan yg lebih baik dan sesuai buatmu.
                Sahabat, percaya lah, kebenaran bercinta selepasa bernikah adalah lebih indah..

Aku menamatkan segalanya dgn senyuman.. aku harap ko paham wahai sahabat.. aku bukan lah ustazah, untuk keluar segala hadis2, ayat2 Quran, aku hnya insan biasa yg ingin mmbantu sahabat lain..
                Tapi yg pasti, mmbntu diriku terlebih dahulu… (^___^)



p/s:
~~jom bercinta selepas nikah.. :)
~~aku pun pernah je bercinta, tapi biarkn yg lepas is past okeyh.. J
~~ buat kaum hawa, jgn disebabkan syg anda pada seseorng, habis segalanya dikorbankan.,
~~(segala cerita di atas di ubah suai mengikut keselesaan)..
~~leave komen if something wrong.. ^^




Monday 14 November 2011

perjuanganku???

assalamualaikum..


meniti hari yg penuh dgn onak dan cabaran, kali ni, masih tercari-cari kekuatan diri,...


teringat pengalaman kelmarin (12.11.11).. mengikuti pendakian ke puncak gunung nuang.. namun akhirnya terhenti di separuh jalan.. sedih, sayu, bila memikirkan kembali..


akibat kesihatan diri yg x dapat dielakkan, akibat kelemahan diri sendiri, diri ini kecundang jua.. terpaksa berpatah balik pulang ke kem .. tanpa dapat mengikuti pendakian bersama sahabat yg lain..


apa kan daya, diri ini jatuh longlai di sisi sahabat... mengaku kelemahan diri.. yg sentiasa pitam bila ada aktiviti yg diikuti.. hurmm... (t_t) lagi2 baru je sihat dari demam.. laa ni nak demam balik...


tbe2 teringt kembali, cerita2 pengalaman dari sahabat yg berjaya menawan hingga ke puncak.. mcm2 cerita...


gembira, suka, duka... seronok.. x kurang juga menganggap ianya satu perjuangan...


hurmm.. bila berkata pasal perjuangan.. tbe2 terasa diri ini suka kalah dlm perjuangan diri..
adakah aku sudah tewas dalam perjuanganku???


aku masih lagi tertanya2.. dan sedih bila memikirkan hal ini.. aku kecundang dlm sebuah perjuangan hidup.. hurmm...


keindahan di atas puncak.. hurmm.. t_t

p/s: adakalanya diri ini masih lagi mencari2 kekuatan diri untuk pijak di atas kaki sendiri..
wassalam...




Monday 7 November 2011

layak kah aku??

Assalamualikum


alhamdulillah.. layak kah 'aku'??? persoalan yg sering bermain di fikiran..


'aku'( bukan nama sebenar)... masih meniti titian kehidupan ini.. masih berjalan dgn harapan dirinya mampu untuk diimprove dari semasa ke semasa...


langkah dimulakan dgn mempelajari hal2 agama yg cuba diterapkan dalam kehidupan diri sendiri..
mendekati mereka2 yg mmpu memberi tunjuk ajar kepada dirinya..


'aku' terus melangkah, terus menapak, dari hari ke hari.. hingga di satu hari 'aku' terasa sesuatu yg x layak buat dirinya..


sedang aku melayankan diri dgn cara mengONLINE sambil menghadap MUKA BUKU (YaAllah, leka dgn facebook.. astarghfirullah.. T_T)... tiba2 aku dapat IM dari seseorang... seseorang yg kuanggap sebagai adik aku sendiri, adik seperjuangan..


''salam akak, akak tau x doa untuk org yg berduka?? ditimpa musibah?? or doa untuk kuat hadapi musibah??''


subhanallah... aku terkelu bila membaca soalan dari adik ku ini, hurmm...


kenapa aku masih terkelu?? ermm.. aku terkejut, kenapa dia tanya aku soalan mcm tu?? erkkk... =.='' layakkah aku disoal bab2 agama nie?? hahaha.. aku pun masih belajar, dan akan teruskan belajar, namun aku agak rasa sayu sbb seolah2 dia dah anggp aku sbagai tempat untuk dia bertanya.. :) terasa dihargai dan boleh diharap... =)


alhamdulillah.. aku sudah mmpu memberi sedikit sumbangan pada dia.. cuma, aku pikir.. hurmm.. aku masih lagik melakukan perkara2 yg ..... ntah lah.. susah nak cakap..


berbalik pada hal adik tadi, aku pun x tau gak doa2 nie.. (astargfirullah... ape nak jadik dgn aku nie?? t_t)..


so aku segera tanya ustaz dan ustazah yg aku kenal.. yg juga merupakan sahabat2 aku.. alhamdulillah, dapat jawapan.. :))


p/s: actually kalau anda nak cari doa2 untuk harian, ada jerk.. kat kedai byk buku2 doa harian.. doa ditimpa musibah pun ada.. moga segala yg dikongsikan hari ini mendapat keredhaanNYA.. amin~~ (^___^)

haa.. kalau rasa syg sgt nak beli, bukak link ni, download then print sendiri.. hehe. ^^ ---> klik sini 

wassalam..

bidadari??? t_t mampukah diri ini???

Saturday 29 October 2011

kuku PANJANG.. cantik ker???

assalamualaikum... 

alhamdulillah, mcm biasa, aku tergerak untuk menaip dan terus menaip.. (mmg aku suka menaip) heee

nak dijadikan cter.. aku selalu tertanya2.. kenapa orang tak kira lah lelaki or perempuan, suka simpan kuku panjang,., aku x maksudkan smua, tapi ada lah SEGELINTIR yg dok pikiran cetek pikiaq yg kuku panjang tue cantek.. eyyyy.. tolonglah paham..

so untuk anda yg suka menyimpan kuku panjang tue, meh sini aku nak cakap..kalau simpan satu jari kuku panjang, dosanya sama macam membela seKANDANG babi.. itu baru satu jari.. bayangkan kalau simpan kuku panjang kat semua jari, pikir2 lah sendirik eyhhh,,,

apa lah seronoknyer simpan kuku pjg nie.. cer pikir, dah lah panjang, pas tue, kompem2 lah kotor... ISLAM nie BERSIH... kebersihan tue penting... 

haaa.. nak tau apa faktor anak2 x berapa nak bijak cerdik ??? haa.. nie sebb diberi makan makanan yg kotor, .. yer lah,, kalau masak makanan, pastue dgn kuku yg panjang, terjamin ke kualiti dan kebersihan makanan tue??? pikir lah sendiri yerk.. ^^

nak ke kuku mcm nie?? erkk..=.=''



p/s: mungkin ringkas jer semua nie... tapi tolong lah ambil perhatian.. sedih tgok anak muda yg berkuku panjang nie.. nak cakar apa ntah.. peringatan untuk diri dan sahabat...


wassalam...

Friday 28 October 2011

benci cili padi!!

assalamualaikum..

hurmm... sedang aku menikmati makan malam tadi, aku makan dengan penuh kerakusan oleh disebabkan kerana terlalu lapar..(ishh ishh, anak dara jenis apa nie??)) hahaha.. 

makan smbil berangan2 dan terus menelan.. dan akhirnya.. auchh!!!!
perghhhhhh tergigit cili padi!!

hampeh betoi cili nie!! gler r, dah r aku x suka makan pedas.. (ngomel aku dalam aty)..

aku pun dgn segera minum dgn setangkasnya agar kepedasan itu terubat.. haha.. melelh air mata aku nie..=.='' cili owhh cili.. asal lah ko nie!! aku benci cili padi...

dan tbe2.. aku berfikir sejenak....

hanya disebabkan aku x suka pedas.. aku terus membeci CILI PADI.. ish.. ish.. x patut betoi aku..
tanpa cili, lauk mesti x sedap.. semua rasa tawar jerk.. masin jerk.. kalau tnpa cili.. maksud nyer x de lah nasi lemak, ayam masak merah, n semua lah yg guna cili .. erk..=.='' terpikir sejenak.. betoi jugak kan.. ermmm.. maka aku dgn khilafnya, menarik semula kata2 aku yg membenci CILI PADI tersebut... hahaha.. :D

erk.. jap2.. aku betulkan niat aku untuk mencoret nota nie.. haha.. actually aku nk simpulkan hal CILI PADI tadi dgn kehidupan kita semua sbagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini...

hurmm.. apa yg aku nak simpulkan kat sini ialah.. kita jgn tengok orang tue terus nak membenci.. erkk?? x paham apa aku cakap?? haha.. okeyh2... aku bagi contoh eyh...

contohnya macam nie, kita ternampak org tu sangat2 selekeh, dah macam orang gila jer, tapi kita x perlu lah sampai nak benci orang tersebut, ntah2 dia lagi baik peribadinya daripada kita (khas untuk aku jerk).. haha

contoh lain, nmpk pompan freehair, pakai ketat2, x tutup aurat, haaaa, jgn nk dok mmbenci jerk, tugas kita nie, kene gi nasihat, insyaALLAH nanti satu hari terbukak pintu hati mereka tue.. ^^

hurmm rasanya pernah kan dengar ayat nie.. 

kalau menyanyangi seseorg, jgn terlalu syg,
risau nnty, dia akan menjadi org yg paling kita benci,
kalau membenci seseorg, bencilah berpada2,
kemungkinan org yg kita benci, akan menjadi org yg paling kita sayang

haaa.. kan dah terbukti tue.. wakaka.. x de pape pun entry nie.. just nak ilangkan mood aku yg sedang boring nie.. ^^
pedasnyer..=.=''


p/s= aku nie masih jahil lagik, dan dalam proses nk majukan diri, so sebelum aku nie melelapkan mata, elok benarlah aku memohon maaf yer.. yg penting, jgn BENCI-memBENCI antra satu sama lain.. heee.. :D wassalam.. ^^




Tuesday 25 October 2011

persoalan demi persoalan..

assalamualaikum...

alhamdulillah, kali ini sy masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan isi hati saya yang saya rasa saat ini... kali nie tajuk entri sy..---> persoalan demi persoalan..

PERSOALAN??

kadang2, aku masih tertanya2, tanya diri itu ini.. seolah2 macam x puas hati..

kenapa aku dilahirkan di dunia??
kenapa aku x pandai tu x pandai ni??
kenapa aku x macam org lain??
kenapa semua berlaku pada diri aku??
kenapa ALLAH x makbulkan doa aku??
kenapa aku masih lagi sebergini??
kenapa???

huh~~ banyak lagik persoalan sebenarnya.. kalau nak nyatakan satu2, mmg x de kesudahan.. kenapa perlu ada persoalan dalam diriku???

aku sedar, aku x perlu bersoal kenapa dan kenapa, kerana itu adalah rencana yg ALLAH dah tetapkan untukku.. hurmm.. aku x tau nape aku sebak.. dah lah.. saya mohon diri.. 
aku bingung..

p/s= kadang2.. apa yg berlaku ada hikmahnya... mmg ada hikmah.. tapi sy masih lagi mencari hikmahnya.. t_t YA ALLAH lapangkanlah hati hambamu ini.. 

Saturday 22 October 2011

himpun v/s dosa

assalamualaikum...


hari ini tanggal 22 oktober akan berlangsungnya HIMPUN yang menghimpunkan umat ISLAM di MALAYSIA,...


namun, himpun yg dijalankan disebabkan aqidah remaja kini yg sngt2 jatuh.. aku yang masih terpikir2 mahu pergi ke x, mendambakan hendak pergi sebenarnya...


sedang semua bertukus lumus untuk menjalankan himpun, untuk menjayakannya, namun 'aku' masih lagi bergelumang dgn dosa...


percaya atau tidak, ketika beribu mana org yg mempersoalkan aqidah manusia kini, namun ada yg masih tidak endahkan segalanya... memikirkan diri itu tahu, namun kebenarannya, tiada apa yg diketahui..


saat dan ketika umat islam yg lain sdg menuju ke jalan yg benar, namun masih ada yng masih tergetar-getar mencari hala tuju masing2... termasuklah 'aku' yg hendak disampaikan...


kebenarannya, 'aku' sudah mula mendapat sinar harapan untuk merubah dirinya.. cuba mempertahankan asas ISLAMnya.. namun, akibat kedahagaan kasih sayang, sehingga dia lupa kasih syg yg dijanjikan oleh ALLAH swt, 'aku' telah melakukan dosa yang tidak selayaknya dilakukan..


dosa yang terus mengalir, dosa yang terus terjalin, dosa yg terus dan menerus... 'aku' melakukan tanpa pikir balasan yg bakal menimpa, namun sesudah melakukan, penyesalan menjadi seribu sesalan...


sesalan yang tidak mampu mengubah segalanya..
tangisan yg mengalir tanpa stopnya,
esakan yang manja namun sayu jiwanya,
apakah terampun dosa-dosanya????

akidah 'aku' tidak sekuat ikatan silaturrahim,
iman 'aku' tidak sekukuh gunung2,
apakah aku masih berpeluang mencari jalan yg benar??,
apakah taubat ku diterima??
apakah balasanku???


HIMPUNAN SEJUTA UMAT.. atau HIMPUN akan berlangsung x lama lagi.. namun sedarkah, masih ada yng terumbang ambing di luar sana dalam perlakuan dosa.. mana akidah mereka???
ada juga yg tidak tahu wujudnya program HIMPUN ini.. 


namun 'aku' masih membuat dosa jauh di sana, tanpa mempedulikan HIMPUN yang menghimpunkan umat ISLAM untuk akidah islam kini... Selamatkan akidah KITA!!!


'aku'.. wahai 'aku'.. sedarkah engkau???? sedar lah.. kau masih melakukan dosa.. kembali lah...


(^___^)
p/s: PINTU TAUBAT MASIH LUAS TERBUKA.. ^^V

Thursday 20 October 2011

malaikat x masuk rumah?????

ASSALAMUALAIKUM..

alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk membuat satu entry ini.. malaikat??? kenapa malaikat x masuk rumah kita?? kenapa ye?? di bawah ini ada sebb2 kenapa malaikat tidak memasuki rumah..


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.



rumahku syurgaku. ^^




p/s-=moga apa yg saya hendak smpaikan tercapai.. ^^, wallahualam..

Wednesday 5 October 2011

tujuh kalimat yang harus dibiasakan..

salam ukhuwah fillah...

walaupun aku tak pandai berbahasa ARAB.. n sangat-sangat x tahu.. namun aku cuba juga..
ini merupakan satu perjalananku yang baru untuk aku cuba melangkah. . dan terus melangkah.. :)

mudah-mudahan, segla urusan ku dipermudahkanNYA.. INSYAALLAH...

bagi permulaan blog aku, yg aku dah delte blog lama aku (ketika ku masih jahil).. aku akan kongsikan dgn kalian semua.. ^^, selamat membaca.. :)

TUJUH KALIMAT YG HARUS DIBIASAKAN



1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)Setiap kali habis melakukan sesuatu.
3.Astaghfirullah :)jika melakukan sesuatu yg buruk
.4.Insya Allah :)jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)jika melihat/menghadapi musibah.
7.Lailaha illallah :)bacalah siang & malam sebanyak2nya


.Ada 2 (dua) pilihan untuk anda :)
1. Biarkan didalam sms anda tanpa bermanfaat untuk org lain
.2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.Rasulullah bersabda :)


"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yangmenyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

P/s: wallahualam.. moga apa yg dapat kusamoaikan, mndapat pengajan untuk semua.. INSYAALLAH