Friday 23 February 2018

Rindu

SUngguh aku rindu..

Moga Allah beri kekuatan pada diri ini utk mengharungi hari yang mendatang..

Demam...


Selamat malam

Tuesday 13 February 2018

Tak Suka?? JUJUR KAN SENANG.

Assalamualaikum.. bismillah..

HAi awak3 semua, tak tido lagi ke tu??. 
EHh ehh, tanya orang pulak.. dia tu pun x tido lagi.. 

Hehe. . Ye lah, lepas publish ni, saya tido la.. okay..

Ermm Tak Suka?? Amboi, semacam je entry malam ni kan.. sbnrnynya chekgu nurul saje la nak share kisah kat sekolah tadi. . Apa yang jadi?? Okay.. jom baca.. jgn baca kuat3 okeyh.. haha, baca dalam hati sudahlah.  Hehe..

Nak di jadikan cerita, masa chekgu ke kelas tahun dua utk mengajar subjek sains..

So, sy ni nak la buat experiment sikit. Then, sblum buat, kena la tulis kat whoyeboard dulu, bebudak ni kena la catat dulu apa tujuan, langkah2 , bahan2 sblum buat kajian. .

After a few minit menulis kat depan suh la bebudak ni salin. Then saya pun ronda2 memantau murid menyalin. LAmaklumlah, baru tahun 2, kebarrangkalian nak silap tu mmg tinggi.. hehe..

Tengah meronda tu, ada terdengar suara murid sayup2, dari depan.

M1: Cikguuu.. tolong!!!

C: tolong ape?? (Sambil mula bergerak ke arah murid)

M1: Cikgu tolong lah perang ngan diaa (budak2, ayat pun tunggang langgang lagi)

C: siapa??

M1: Ada lipas kat atas tu cikguu. (Smbil tunjuk kat siling kelas)

U know what?? Dgr je perkataan "lipas", i take back step.. mengundur.. ohh no.. pliss laa.. jgn main2 dgn chekgu nurul about lipas.. this benda yg paling tak suka.. jantung jgn cakap la. Laju je berdegup. Kalah berdegup bila jumpa bakal suami..(pernah ke?? Hahaha).. badan mula sejuk..

Chekgu Nurul jenguk ke atas, yes! Mmg ada lipas katt situ, beso. Bukan kecik.. Ya Allah. Apalah nasib.. mcm mana ni.. chekgu nurul langsung x bergerak. Just stay at the back, smbil perhatikan budak, and that lipas.!
Suddently, one voice..

M2: Cikguu!!! Dia tgh bukak sayap diaa!!

Macam nak jatuh wei jantung.. dah la bawah area lipas tu meja guru, beg sy ngn buku2, ada kat situ. 

Lastly, panggil murid lelaki yg dah siap menyalin..

C: Hafiy, tlg amek beg ngn barg cikgu letak kat meja depan pintu tu. .

Haha. Then Hafiy pun buat keje seperti yg diarrahkan. And this boy, mmg berani, dia nampak lipas tu, then dia nak kacau lipas tu. Dia cuba baling2 pemadam kat lipas tu. Even lipas tu tinggi melangit.

Apa lagi, chekgu nurul nampak, mmg terpekik laaaa.. yg hangpa pi kacau dia wat pa. Sat gi dia terbang kang..

Aduhaii.. sabo je la ngn murid2 ni..

Haha. So sebelum chekgu nurul nk tido ni, chekgu nk terus terang, yg chekgu kalau benda lain boleh consider lagi, boleh bawak bincang bak kata org.. tapi kalau bab lipas, pliz la. Jgn. Sy boleh menangis menjerit2 bagai nak gila hokay!! Haha.. sepanjang sy hidup ni, my mom lah yang selalu jadi penyelamat..  mak lah yang akan lindungi sy kalau ada lipas nak serang saya. Haha. Bajet.

Okay. Tu jelas.. kenapa sy takut sangat lipas?? Fobia masa baby.. nnti sy cerita. Hehe.

Jom tido.. selamat malam semua..

Jangn lupa baca ayat kursi.. surah 3 kul, dan syahadah sehingga tertidur.

Salam sayang dari chekgu nurul.  

Wallahualam..

Monday 12 February 2018

SEMANGAT YANG MEMBARA

Bismillah..

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, sbtu lepas selesai sudah agenda penting utk my abg. . Agenda apa? Ada la...
.
.
Apa yg saya nk cerita, berkaitan dgn diri saya, n kita semua.. bukan pasal my abg tau..

Sbtu smpai ahd yg lepas, saya ke Yan Kedah, atas urusan kelurga. Lepas tu, kami bermalam di rumah makcik kat sg petani. Nak dijadikan cerita, rumah makcik ni ada swimming pool.. 

Menarik kan?? Dia plan rumah tu nak buat homestay, tu yg gigih buat kolm renang..
.
Sbtu berlalu..
Muncul hari ahad..
Pepagi lagi, Syasya, anak makcik, dah ajak terjun kolam. MEmandangkan cuaca masih redup, si kakak ika ni pun on je lah kan. Dgn alasan nak menemab si kecik tu. Ohh ye Syasya umur 6 tahun. TAdika.
.
Untk pengetahuan korang, sy ni bukan lah pandai berenang.. haha. Nak wat mcm mana kan. Even ayah dulu TLDM, tapi anak dia sorg ni x reti sgt bernang.. 

Tgok si Syasya tu berenang, mcm best je. LAst2 Syasya ajak lumba berenang.
.
.
Alamakk. Mati laaa nakk.. haha. Atenya, dah la x pandai berenang, diajak pulak lawan, dgn budak kecik pulak tu. Hehe.

So, mula2 nk nolak, tapi layankan je la.. fikir kena semangat. HAha. . So kami lawan dari hujung sini ke hujung sana.. berapa jauh?? Erm ntah lah. X oandai nk agak berapa jauhnya. Tapi ada la ukur ngn tapak kaki. HAHa. Dalm 35 tapak. TApak kaki saya okayy. Saiz 5. Hahaha. 
.
.
Maka berlumba lah kami, nasib menang. Tapi jarak dia x jauh pun bezqnya.. nak dijadikan cerita, baru sekali dah mengah..
.
Tapi saya teringat satu pesanan. Supaya dalam hidup ni kita kena bersemangat. 

Bila kita bersemangat, insyaAllah, kita akan mudah capai apa yg kita hajatkan. Smbil tgok bebudak tu main, sy menyandar, dan mula berfikir, betul lah.. smgt tu penting. . Sy ni mula la bermotivasikan diri.. haha.

Lastly, tetapkan, supaya terus bersemngt utk siapkan 10 kali pusingan. Haaaa. 10 okay. Walaupun bagi perenang negara, itu benda simple bagi dema, but not me. Saya bukan perenang. X reti berenang. Nafas pun pendek. Tapi apa yang sy cuba buat. Sy pujuk diri utk tetap bersemangat. . Sy cabar diri. Lengkapkan 10 yg sy target td.
.
.
Smbil belajar, smbil lumba renang dgn si kecik tu. . Hehe.
.
.
Masa pun berlalu, 10 berjaya ditawan. Tahniah chekgu nurul. Haha.. tapi hati macam masih tak puas. .
Dan akhirnya, sy berjaya selesaikan hingga 22 kali pusingan..
.
Hebatnya kuasa semngt.. bila kita semngt, benda yg kita x pandai pun, kita boleh tempuh juga..
.
.
So faham kann.. apa yg saya cuba smpaikan?? Tetaplah bersemnagt. Walau apa pun yang berlaku. . 😘😘😘

Salam sayang dari sy utk semua.
Moga kita semua berada bawah jagaan Allah sentiasa. 

Wallahu'alam 

Thursday 8 February 2018

Persahabatan..

Persahabatan itu lebih indah kalau kita saling menghargai, saling percaya, saling menghormati.


Tidak perlu menipu utk menutup kesalahan sendiri, jujur dengan sahabat itu perlu, agar tidak timbul rasa dicurigai.


Persahabatan lagi indah bila kita ikhlas. Ikhlas kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Bukan sebab lain. Bukan untuk mencari kepentingan diri sendiri sahaja.

Percayalah.
Bila kita ikhlas dalam persahabatan, jujur, saling percaya, kita pasti akan sentiasa merindui dan menghargai sahabat kita.

Selamat malam.

Badan menunjukkan tanda nak demam balik. Sekarang musim panas. Byakkn minum air ya semua.. salam sayang dari sahabatmu. .


Monday 5 February 2018

Nama?

Assalamualaikum... awak2 dah tidur ke..

Nama? Dah kenapa tajuk macam tu. . Hehe.
Tiba2 teringat satu kisah tentang nama.

Oh ye, sebelum saya mulakan, saya cerita sikit. Sy ni guru di sebuah sekolah di perak. Sekolah apa?? Adalah.. hehe.

NAMA saya siapa sebenarnya?? Okaylah. NURUL ATIKAH. Binti?? Binti x boleh lah. Rahsia kerajaan. Haha.

Bila cakap pasal nama ni, ramai yang panggil saya atikah, dan ika. Mostly semua kawan panggil mcm tu. .

Tapi kalau ikutkan, sy suka orang panggil saya nurul. Sebab apa? Sbb bila panggil nurul tu. LEmbut je bunyinya. Haha

Nak dijadikn cerita, tahun 2016, sy suruh murid2 pnggil saya cikgu nurul.. sbb suka la kn. Lgpun ada sorg cikgu nma sama.atikah. so nk elkkan murid silp keliru, awal2 dh pesan suh panggil Cikgu Nurul ..

So, masuk je kelas, duk habaq panggil kat murid, panggil Cikgu Nurul. .

Yang paling best, ada dua org murid lelaki, datang jumpa saya. . Sy pun pelik gak. Haahaa. Nak tau dema tanya apa?

Murid 1: Cikgu, betulkan nama cikgu Cikgu Nurul?

Murid 2: salah lah, nama cikgu, Cikgu Atikah kan??

Haha, and saya masa tu rasa nak tergelak je. Boleh dema bergaduh sebab duk ckp nama mna yg betul. 😀😀

Sudahnya, sampai sekarang, mjority anak2 murid panggil cikgu atikah, sbb apa?? Sbb nametag pihak sekolah tempah, lepastu tulis atikah je kat situ.

Maka, redha kan je lah. Atikah pun nama aku gak. Haha.

Nurul ke.. atikah ke.. orgnya tetap sama..

Wallahualam.

Saturday 3 February 2018

Mengecat?

Assalamualaikum.. 

Dah tido belum tu?. Hehe. Ohh ye.. hari ni hari sabtu kan.. khamis lepas, bos tnya, bila mau cat rak kasut bebudak tu? Kelakar bila bos jumpa s/u. Bukan s/u yg pi jumpa bos. HEhe. Maaf bos. . 

So saya pun cakap la, kita mula sabtu ni je la. Buat mana yang sempat dlu. Start sikit2. Nnti habis la buat smua. HEhehe. So idea sy diterima pakai. 

Maka pagi tadi bermula lah episod mengecat.. sampai je sekolah, duk kat surau. Tgu ustz2 and cikgu lain smpai. 

Okay la, ada la dalam 6 org yang mai.. 
So.. sblum cat, firstly kitaorg kena kikis dulu cat lama.. sbb apa? Ntah, saya pun x tahu. Ikot je lah arahan pakar. HEHe. 

So, apa lagi, saya berduet ngn sorg lagi cikgu, duk ngikis satu rak kasut tu. Senyap je.. tapi kejap2, cerita la pasal anak2..

Tiba2 saya terfikir satu perkara. . Dan saya cuba nak kaitkan antara proses mengecat ni dgn diri kita. Ermm apa la yang aku merepek ni.. hehe..

Okay. Mcm nilah. Nak mengecat, kita kena kikis cat lama.. betoi tak? Then baru kita cat dgn cat yg baru..

Sama juga macam diri kita.. kalau kita nak berubah, langkah pertama, kita kena tinggalkan perkara mungkarr yg kitta pernah buatt sebelum ni.. kita kena cuba kikis dosa2 yg telah kitta buatt. Dgn cara mcm mana? Taubat, istighfarr, doa, dll . Terlalu banyak cara kita nak tebus dosa2 kita.. awak faham kan?.. so lepas kita dah kikis semua tu, maka bolehlah kita terus ke next stage, berubah, dan istiqomahlah dalam perubahan yang kita buat.

Ingt tau kawan2.. istiqomah atau berterusan membuat kebaikan. . Istiqomah lah yg paling susah.. moga saya, dan awak semua yg membaca ni terus istiqomah di jalan Allah..

Bila saya duk kikis tu, ada la satu dua part yg susah sgt nak ttanggal cattnya.. sampai saya tterfikir.. bayangkan rak ttu hati kita.. hati kitta yg makin hitam. . Kalau diabaikan lama.  Hitam tu akan bertambah dan merebak. Malah mungkin hati kitta akan jadi macam batu dah. Susah nak dibersihkan lagi.

Allahu Allah. Hanya Allah sebaik2 perancamg. Moga keimanan kita ttetap utuh pada yang Esa.

Wallau'alam.

Cuba kaitkan apa yg berlaku pada kita setiap hari dgn kehebatan Allah. 

Allahu Akhbar 

Jom tido..
Baca Ayatt kursi 3 x
Surah al-ikhlas 3x
Selawatt sehingga tertidor.

Assalamualaikum.. 

Mana menghilang?

Assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang kepada kita untuk terus menghirup udara di atas bumi pinjaman Allah ni..

hari ni nak jadi skema sikit..

nak gelarkan diri "saya" not "aku"... haha... mintak izin dulu ni.. bagus tak.. :P

Sebenarnya, 4 tahun ni bukan lah saya menghilang.. cuma dulu saya menulis blog ni sebab saya masih student. so always duduk depan lappy, buat assigmnt , projek, and mcm2... bila last sem pulak, busy dgn practical. haha. so hilangkanlah diri dan kemalasan lah nak menulis blog.

tapi saya tahu, xde pun orang yang nak baca pun blog saya ni. haha. yerlah., saya menulis sebnrnya untuk catatan diri sendiri..

so sepanjang 4 tahun menghilang tu, saya buat ringkasan sikit lah ye..

Jun 2014 saya tamatkan latihan industri saya,, kawan2 semua buat latihan industri just for 3 months, tapi saya terpaksa buat 5 bulan.. sebab apa? ntah, dh company tu yang suruh.. company apa? nnti lah saya cerita,,

November 2014 , Alhamdulillah.. dengan izin Allah, saya berkonvo. jadilah graduan dari UKM ni,.. first clas? nope lah.. =( second class je. apa pun alhamdulillah. habis jugak belajar.

Nov 2014- Dis 2015 = haaa.. hampir setahun ni, saya langsung x de keje.. hhaha.. bukan x nak keje. interview dah pergi, tapi nak buat macam mana.. sabar je lah. dan usaha lagi. so.. apa yang saya buat time ni? saya meniaga.. jual mcm-mcm barang. alhamdulillah. ada jugak lah custmer.. :D even saya ni penyegan sikit. tapi bila meniaga, kena buang semua tu.. kan kan kan . :P

Dis 2015 - Alhamdulillah... saya mula kerja.. kerja apa?? nanti saya cerita.. so sampai sekarang, saat saya tulis ni, saya masih lagi bekerja di sini.. =)

so ni je lah ringkasan sikit about the 4 years tu.. yang lain saya akan coretkan lagi ye..


salam sayang dari saya.. saya tak pernah menghilang, haha. dah kenapa aku ni.. lolz..
tak pernah menghilang pun...

p/s: penaja pesan.... 

Jaga Diri,
Jaga Hati,
Jaga Iman,
Jaga Solat.... <3

Friday 2 February 2018

WELCOME BACK =)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. sekarang dah masuk 2018.. dah bulan februari dah pun. lama sangat dah tak mengupdate blog ni.. ingtkan dah xleh bukak. nasib baik masih boleh bukak.. Alhamdulillah..Hampir 4 tahun aku tidak mencorat coret ni..

oh ye.. skrg umur pun makin lanjut.. maafkan aku sbb aku menggunakan perkataan "aku" bagi memudahkan pembacaan aku sendiri dan juga org lain yang sudi membaca.. maybe..

bila aku gelar kan diri aku ni "aku", jgn la korang ingt aku ni perempuan yg ganas2 gitu. . hehe.. sbb aku menulis hanya lah bertujuan untuk catatan aku dan bacaan aku sahaja. . in reality, aku x pernah pun bahasakan diri ni aku.. :P ayu la konon , werkk..

bila aku tengok entry terakhir sebelum wujud entry "welcome back" ni, adalah pada tahun 2013.. hurmm.. aku sndri tak tahu kenapa tiba2 dulu aku stop menulis.. after four years, and aku tiba2 terfikir, dan tiba2 teringat, yg dulu aku mmg suka menulis blog..

alhamdulillah, jumpa balik blog aku ni. :D
ni pun jenuh aku duk tiup2 habuk nak bagi bersih sikit blog aku ni..

ermmmm.. nak cakap apa lagi ekk.. nnti lah smbung. haha.. dalam kepala macam-macam nak tulis.. tapi tak pe lah. lain kali lah <3

hehe.. eden undur diri dulu ya.. :D

Wallahu'alam