Monday 11 June 2012

GamBar o_0

Alhamdulillah, selesai sudah mengerjakan solat maghrib secara berjemaah di surau kolej tadi..

ketika aku dalam perjalanan pulang ke bilik, aku terpikir sesuatu, kepalaku hanya teringat facebook.. Owhh noo, aku sudah demam facebook kembali kah??

tak!!
aku teringat benda yg menyedihkan bila duk depan FB nie.. apa dia??
hurm,

Moga apa yg bakal aku coretkan, menjadi pendoman, malah mampu mengubah sesiapa yg membaca. bukan lah aku buat blog nie untuk mengaibkan orang. Jauh sekali niat tue.. haishh!! stop lah Nurul oiii.. ko nak cter apa nie???

sedih lah nak cerita.. erm, tapi sebab aku terlalu sygkan kawan2 malah kalian yg membaca, aku perlu ceritakannya juga..

aku sedih beb! sedih, x tau sedih kenapa..
bila on9, bukak FB, merata2 ada gambar kaum2 hawa yang tak menutup aurat.. Allahu Rabbi.. ='(
byk sgt. .

tak lupa juga pic2 couple, yang duk berdua2, dgn aksi yg pelbagai.. apa nak jadi dgn anak remaja skrg?? ada yg usianya lebih muda dari aku, bergambar mesra dengan pasangan masing2. Allahu Allah. . aku tahu, naluri remaja lain. Bila ditegur, ada je jawapan yg pelbagai..

"Kita kan muda lagi, enjoy lah dulu"
"Jaga kubur masing2 lah, x yah jaga kubur orang lain"

macam2 lah. . Ok fine, kalau nak kata muda, aku pun x lepas dari perasaan couple2 ni.. aku penah jugak mcm tue, tapi masa zaman jahiliyah dulu.Benar, aku akui, bila dah cintakan seseorg, macam2 kita leh buat. . Tapi sedarlah sahabat kalian, sedarlah, semua tu x kemana. . Bila kita cintakan orang, dan hanyut, smpai lupa hukum hakam agama. .

Tolong lah, aku rasa x mampu untuk melihat terus menerus gambar2 kalian yang terlalu2 'mesra' kalah pasangan suami Isteri.. aku ada jugak kawan yg semuda aku (20 tahun) yang dah menikah, tapi aku x nmpk pun dema letak pic yg 'mesra' semacam. walaupun mereka dah sah..

Opss!! jangan salah anggap okeyh.. aku bukan nak suh kome paparkan pic2 mesra kalian (untuk yg dh nikah), cuma aku nak bandingkan. . Kita dapat lihat perbezaan orang yg hangat bercinta dgn org yang bernikah.. sgt berbeza..

Tak habis dengan picture yg x menutup aurat, (terutama kaum Hawa), beralih kepada picture mesra coupling, aku nak beralih jugak kepada gambar yg identitinya susah nak dikenal pasti..

Susah lah mcm nie, bila yg perempuan berlagak berpakaian mcm lelaki. Nak tunjuk gengster ke syg oii?? berubahlah sahabat.. aku tetap doakan kau..

aku smpai kini masih terkejut melihat perubahan2 kawan2 aku yg dulu sama2 main kejar2 kat sekolah.. yg aku hormat dulu.. tiba2, beralih arah.


p/s:
 1)Ya Allah, perkuatkan lah aku untuk membantu kawan2 ku semua, bukakan pintu hati mereka YA ALLAH.. =")
2)Aku menulis kerana aku sedih melihat mereka semua.. sbb mereka kawan aku.. =')
3) Jangan lh terlalu cintakan sesorg hingga kau snggup berikan maruah kau pada si dia. . aku juga pernah bercinta. . Namun, Allah dah tunjukkan aku, bahawa, tiada guna nya percintaan(couple) tu, berikanlah cintamu sepenuhnya kepada bakal suami mu nanty. ingat lah sahabat.. =)
4) delet lah gambar yg x sepatutnya dipaparkan, dan aku juga mohon kalian yg ada gambar aku yg x sopan, tolong lah delet ya..

Jazakumullah khair

~I WRITE COZ I CARE~


No comments: